Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer kongsi lebih banyak info berkenaan misi Earthion dalam Acer Green Day!

safwan by safwan
August 24, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer kongsi lebih banyak info berkenaan misi Earthion dalam Acer Green Day!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan yang lalu, Acer telah melancarkan Acer Green Day dengan mengadakan acara kitar semula bagi menyebarkan kesan positif kepada alam sekitar. Hari ini, mereka ingin kongsikan pencapaian misi Earthion pada Acer Green Day.

Ketika isu alam sekitar semakin jadi kritikal, Acer ingin menyeru lebih ramai rakan kongsi dan pembekal untuk bekerjasama bagi mengurangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar dengan beralih ke ekonomi kitaran semula. Dengan peningkatan alam bencana di seluruh dunia akibat perubahan iklim, tindakan konstruktif dan kolektif diperlukan untuk menangani isu tersebut.

Menurut Thomson Reuters Foundation, usaha-usaha isu alam semula jadi dan iklim pada tahun 2022 perlu dilipat gandakan untuk mengurangkan pencemaran karbon yang terkumpul sejak dekad ini dalam usaha untuk mengekalkan suhu 1.5oC dan mengurangkan kesan buruk perubahan iklim kepada planet.

Memahami kepentingan isu ini, Acer memberi lebih banyak perniagaan untuk menyertai gerakan hijau dan berkongsi kemajuan usaha yang dicapai bersama rakan kongsi, pembekal dan pekerja Acer pada Acer Green Day dengan harapan ia memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain yang menjalankan usaha mereka sendiri untuk Bumi.

Dengan komitmen terhadap alam sekitar, sosial dan pengurusan (ESG), Acer melancarkan program Earthion pada 2021 dan bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk mewujudkan inisiatif-inisiatif mesra alam ke dalam ekosistem rantaian bekalan dengan fokus utamanya dalam tenaga, reka bentuk produk, rekaan pembungkusan, logistik, dan kitar semula.

Sebagai manifestasi usaha itu, barisan produk Vero Acer dilancarkan pada 2021 untuk menawarkan pilihan yang lebih hijau kepada pelanggan. Produk-produk Vero bertujuan menggunakan bahan-bahan mesra alam dan yang dikira semula, dan direka untuk memanjangkan hayat produk supaya penggunaan bahan dan sisa boleh dikurangkan.

Bagi menangani impak proses pembuatan terhadap alam sekitar, Acer bekerjasama dengan rakan kongsinya, Compal dan Quanta bagi menambah baik sistem pengurusan sisa mereka. Daripada mengurangkan penggunaan beg plastik dalam penghasilan kepada kesedaran dalam sistem pembuatan pembekal, Acer bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk hadir dengan proses logistik dan pembuatan yang lebih bertanggungjawab.

Bagi memenuhi misi ini, Acer melancarkan barisan produk Vero bermula dengan komputer riba Aspire Vero yang merupakan komputer riba “hijau” pertama yang dibina dengan 30% plastik kitar semula (PCR) dalam chasis dan 50% plastik PCR dalam keycap bagi mengurangkan pencemaran daripada pengeluaran plastik dan sisa.

Berikutan dengan barisan Vero, Acer mengumumkan laptop baru iaitu Acer Chromebook Vero 514 sebagai penambahan dalam barisan yang sedia ada termasuk monitor, projektor, desktop, aksesori dan banyak lagi.

Dari segi pembungkusan, ia telah mengikut sistem reka bentuk yang meliputi pelbagai barisan produk, saiz peranti dan komponen pembungkusan. Dengan reka bentuk pembungkusan yang baru ini, Acer telah menerima anugerah Red Dot Brands & Communication Design. Beg laptop dan lapik keyboard laptop juga diperbuat daripada 100% PET kitar semula.

Apabila membuat reka bentuk baharu, sudah pasti ia perlu diseimbangkan dengan ketahanan pada setiap produk. Jadi, Acer telah bekerjasama dengan Golden Arrow, Shin Shin, Sun Young, Quanta dan Wistron untuk menggunakan bahan yang lebih mesra alam dengan mengekalkan ketahanan dan kekukuhan produk.

Selari dengan misi untuk membangunkan reka bentuk produk yang lebih hijau, Acer sedang mengusahakan solusi pintar untuk mengurangkan pembaziran sumber dan mencipta gaya hidup yang lebih efisyen. Di beberapa bandar, Acer telah melaksanakan parkir tepi jalan pintar dan penyelesaian pengecasan EV, yang membantu pemandu mencari ruang letak kereta.

Acer Group menyertai inisiatif RE100 pada 2021 dan telah berjaya mendapatkan 100% tenaga diperbaharui menjelang 2035. Selain melancarkan platform “Earthion” dan menggunakan sistem pendedahan global CDP, Acer telah mula menggunakan tenaga hijau seawal 2011, dengan beberapa lokasi telah memasang panel solar untuk menjana kuasa mereka sendiri.

Pada akhir tahun 2020, pejabat Acer di lebih 30 negara di seluruh dunia menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui, manakala 45% tenaga yang digunakan oleh Acer Group boleh diperbaharui.

Acer percaya kelestarian merupakan usaha global yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk membawa perubahan. Acer bukan sahaja mahu menyediakan pelanggan untuk peluang memilih produk-produk yang lebih mesra alam, tetapi ia juga mahu memperkasakan perniagaan lain untuk menyertai perjalanan beralih ke ekonomi kitaran dan rendah karbon.

Pada Acer Green Day, Acer turut melancarkan “Cabaran 21 Hari” sebagai misi Earthion untuk menggalakkan pekerja mengamalkan tabiat hijau setiap hari. Cabaran ini kini diperluaskan kepada pekerja rakan kongsi dan pembekal Acer, selain pelanggan. Pelanggan boleh mengambil bahagian menerusi Instagram dengan tanda pagar #Acer21DayChallenge, yang menyorot beberapa pengalaman menceritakan kisah mereka mengenai kitar semula dan aktiviti mesra alam dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Earthion, sila klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Acer EarthionAcer Green Day
Previous Post

Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan! Diperbuat Dengan Bahan Kitar Semula!

Next Post

Wyrdsong — Game AAA Open-World Oleh Bekas Pembangun Fallout dan Fallout!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Wyrdsong — Game AAA Open-World Oleh Bekas Pembangun Fallout dan Fallout!

Wyrdsong -- Game AAA Open-World Oleh Bekas Pembangun Fallout dan Fallout!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd