Sudah sampai penghujung Oktober tetapi peminat budaya pop di seluruh Malaysia pasti teruja untuk Asia Comic Con Malaysia 2019! Penyanyi legenda untuk Pokemon, Jason Paige akan membuat kemunculan di acara tersebut, yang dijadualkan pada 26 dan 27 Oktober di Mid Valley Exhibition Center (MVEC), bersama dengan penyanyi anime terkenal, cosplayer, artis komik dan lain-lain. Tetamu, aktiviti dan acara-acara istimewa yang diumumkan untuk Asia Comic Con Malaysia 2019 takkan menjadi tanpa sokongan Hasbro, Maybank, The Pearl, dan bisClub. Gamer Santai adalah rakan kongsi media untuk acara, dan kami gembira untuk membawa anda berita hebat dari Asia Comic Con Malaysia 2019.
Kami sentiasa menanti-nantikan apa yang Asia Comic Con Malaysia 2019 akan menawarkan untuk cosplayers, dan saya tidak kecewa dengan pengumuman mereka. Asia Comic Con Malaysia 2019 menjanjikan pelbagai aktiviti dan tetamu istimewa untuk memasti cosplayer kekal seronok. Juara World Cosplay Summit 2019 – Wirru juga akan hadir acara ini dan merupakan seorang pereka pakaian, cosplayer, model dan pengacara bengkel. Ditemani rakan-rakan lain seperti Yoru Hime, Katz Sharky, Azu, Sally Dorasnow, dan Kaori Lalachan ~ mereka pasti akan memukau mata pengunjung. Di samping itu, setiap cosplayer boleh masuk secara PERCUMA!
Artis komik Scott Koblish yang terkenal dengan karya Deadpool akan mengadakan sesi live sketching bersama Ario Anindito dari Indonesia yang memenangi pelbagai anugerah besar serta pelukis kepada komik seperti Wolverine dan Venom.
Tidak lupa barisan pemuzik J-Rock kita ~ nantikan persembahan daripada Higashi Kitty Band, DJ Benkun, PHNX, Minri, Kaos di mana penyanyi utama mereka, Kaori Kawabuchi akan mempersembahankan tarian pedang kepada penonton, dan penyanyi legenda, Mika Kobayashi yang menjadi vokalis kepada OST Shingeki no Kyojin, Gundam UC, Guilty Crown, dan Ao no Exorcist.
Berikut adalah jadual untuk dua hari yang penuh aksi di Asia Comic Con Malaysia 2019:
LOKASI: Mid Valley Exhibition Center (MVEC) Malaysia
TARIKH: 26 & 27 October 2019
Tiket Asia Comic Con Malaysia 2019 sudah boleh didapati bermula hari ini dan boleh didapati menerusi laman web Comic Con Asia atau di gerai Gamers Hideout. Maklumat lanjut boleh ditemui di FB rasmi mereka di sini. Gamer Santai adalah rakan kongsi media untuk Asia Comic Con Malaysia 2019, dan kami berharap untuk melihat anda di sana!
@gamersantaimy
Discussion about this post