Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ACC 2019] Lebih dua dekad melukis komik untuk DC & Marvel! Temuramah bersama Scott Koblish!

Secara lebih tepat. 26 tahun dalam industri.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Komik, Temuramah
0 0
0
[ACC 2019] Lebih dua dekad melukis komik untuk DC & Marvel! Temuramah bersama Scott Koblish!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kamu penggemar komik Marvel atau DC, kemungkinan besar anda sudah bertemu Scott Koblish, seorang kartunis untuk Marvel dan DC Comics untuk hampir 26 tahun. Dia lebih fokus kepada komik, tetapi ada penglibatan dalam animasi dan storyboard juga.

Beliau memberitahu kami dia suka komik sejak kecil lagi, tetapi benar-benar lebih minat selepas menonton animasi. Dalam usaha kecilnya untuk mencari lebih banyak maklumat tentang Spider-Man selepas melihat superhero ini di televisyen, dia berlaih dari surat khabar ke buku komik. Hala tuju beliau kepada artis komik sudah sangat jelas dari usia 7 atau 8 tahun. Beliau menghadiri Kubert School of Cartooning and Graphic Art, dan seterusnya ke The School of Visual Arts di Manhattan, dan akhirnya, tiba di Marvel. Selebihnya kamu tahu lah.

Kerja profesionalnya pada awal melihat Koblish terlibat dalam jabatan pembetulan seni. Seperti namanya, ia melibatkan membetulkan kesilapan atau membuat perubahan. Halaman pertama yang beliau melukis adalah untuk Sleepwalker, beberapa Marvel Comics Presents, dan Moon Knight. Dengan pengalaman yang lama dalam komik, mesti ada beribu-ribu komik dia sudah luki dari dulu hingga sekarang, memandangkan permulaannya dalam program perantis Marvel Comics sejak tahun 1993. Koblish membincangkan betapa gembiranya untuk melihat jumlah seni yang dia dapat lakukan, melihatnya perkembangannya, dan untuk sasarkan sesuatu yang lebih kurang sama dalam 26 tahun akan datang.

Mungkin anda mungkin pernah mendengar tentang Deadpool, dan kemasukannya ke MCU. Scott telah bekerja di Deadpool sendiri selama 6 tahun. Dia berharap mereka akan kekalkan Deadpool, dan menyatakan keseronokannya melihat filem Deadpool, dengan mengatakan mereka berjaya tangkap semangat watak itu. Dia mengaku bahawa menyeksa Deadpool adalah perkara kegemarannya. Terima kasih kepada kekuatan watak, ada banyak ruang untuk kelucuan, kesedihan, dan apa sahaja emosi untuk Deadpool guna dan masih mengekalkan keutuhan wataknya.

“Lebih banyak perkara gila yang kami lakukan dengan Deadpool, lebih baik untuk dia,” kata Koblish. “Dia hanya watak yang mendalami keanehan, konflik, idea pelik, dan dia hanya menjadi lebih baik dan kuat dengan setiap perkara tersebut.”

Kini, anda mungkin tahu bahawa komik mempunyai penciller dan inkers. Seperti yang dijelaskan oleh Koblish, mereka mempunyai kemahiran yang sedikit berbeza. Penciller melibatkan mendapatkan idea cerita, sejenis skrip, dan untuk mendapatkan pemahaman pembaca. Pembangunan persekitaran, peletakan watak, komposisi halaman, dan emosi berlaku di sini. Inker adalah di mana anda kemaskan semua elemen tersebut dan gabungkannya bersama-sama. Inker ada di sini untuk membuat proses percetakan lebih lancar.

Sekiranya anda ingin cuba masuk ke dalam komik, Koblish memberitahu kami terdapat banyak ruang untuk bersuara. Selesakan diri anda, dan ceritakan seberapa banyak cerita yang anda boleh. Ia adalah medium yang bercerita juga. Sama seperti filem, TV, buku. Beritahu cerita yang ingin anda sampaikan, dengan suara anda sendiri, ialah nasihatnya.

Koblish menyebut tentang Deadpool 2099, dan memikirkannya hebat bahawa orang benar-benar suka watak itu. Dia bercakap tentang perasaan seronoknya untuk melihat keghairahan orang ramai berinteraksi dengan karyanya: dia hasilkan kerjanya, dan ia kembali dalam bentuk kasih sayang dan perasaan hormat untuk karyanya. Dia sudah lama melukis sehingga dia fikir ia kepada naluri.

“Ia hanya sesuatu yang saya lakukan,” jawabnya, mengenai inspirasinya untuk meneruskan kerja.

Koblish teruja berada di Malaysia untuk Asia Comic Con, dan ingin bertemu dengan seberapa ramai orang yang mungkin. Dia telah banyak merantau di seluruh dunia, dan berharap untuk teruskan perjalanan, dan melihat kegembiraan semua orang yang sangat bermakna baginya. Pesanan terakirnya ialah untuk ucapkan hello jika bertemu, dan kekal menikmati komik!

Tags: Asia Comic CondcDeadpoolinkerskomikMarvelpencillerScott Koblish
Previous Post

[ACC 2019] Gotta Catch em’ All!! Temuramah yang paling berseloroh bersama Jason Paige penyanyi lagu tema Pokémon!

Next Post

Square Enix Osaka cari pekerja untuk siri Kingdom Hearts? Adakah bermaksud akan ada game terbaru?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Square Enix Osaka cari pekerja untuk siri Kingdom Hearts? Adakah bermaksud akan ada game terbaru?!

Square Enix Osaka cari pekerja untuk siri Kingdom Hearts? Adakah bermaksud akan ada game terbaru?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd