Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara “Solo Leveling Experience” Pertama di Malaysia Akan Hadir di Pavilion Bukit Jalil!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Acara “Solo Leveling Experience” Pertama di Malaysia Akan Hadir di Pavilion Bukit Jalil!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah kejayaan luar biasa dengan pelbagai acara bertema anime sebelum ini, hari ini Acolab mengumumkan pengalaman serba baharu: Solo Leveling Experience!

Solo Leveling Experience akan berlangsung dari 11 Januari 2025 (Sabtu) hingga 11 Mac 2025 (Selasa), membawa anda ke dalam dunia penuh dungeon, raksasa, dan pengembaraan epik. Bagi peminat setia, inilah peluang anda untuk menyelami dunia Sung Jin Woo, dalam cara yang secara unik dan interaktif.

  • Tarikh: 11 Januari 2025 (Sabtu) – 11 Mac 2025 (Selasa)
  • Waktu: 10:00 AM – 10:00 PM (Isnin hingga Ahad)
  • Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Level 3 (Pink Zone), Lot 3.102, 3.103 & 3.58
  • Tiket: Boleh dibeli melalui Ticket2U (www.ticket2u.com.my)
  • Jualan Tiket Dibuka: 23 Disember 2024 (Isnin), 2:00 PM

Apa Yang Menanti Anda di Solo Leveling Experience?

Menu Bertema

Kredit: Acolab
Kredit: Acolab

Nikmati pengalaman kulinari unik dengan hidangan, minuman, dan pencuci mulut bertema, semuanya diinspirasikan daripada watak serta momen ikonik dari Solo Leveling.

Zon Foto

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di zon foto! Hidupkan semula adegan legenda dari siri ini bersama latar belakang pertempuran epik, boss dungeon, dan pastinya, Sung Jin Woo sendiri.

Kedai Merchandise Rasmi

Lawati kedai merchandise Solo Leveling terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 150 barangan eksklusif berlesen rasmi. Dari koleksi edisi terhad hingga aksesori bertema watak, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk membawa pulang memorabilia yang unik.

Pakej dan Harga

Setiap pakej dilengkapi dengan barangan eksklusif yang hanya boleh didapati dalam pakej berikut:

Kredit: Acolab
  • PAKEJ RM25
    • Minuman khas bertema Solo Leveling
    • Kad cenderamata
    • Lencana eksklusif
    • Tiket akses Zon Foto
  • PAKEJ RM50
    • Hidangan utama bertema Solo Leveling
    • Kad cenderamata
    • Kad Polaroid lutsinar
    • Pas diskaun
    • Tiket akses Zon Foto
  • PAKEJ RM80
    • Set makanan lengkap bertema Solo Leveling (1 hidangan utama, 1 minuman, 1 pencuci mulut)
    • Kad cenderamata
    • Lencana eksklusif
    • Kad Polaroid lutsinar
    • Pas diskaun
    • Tiket akses Zon Foto

Perhatian: Hadiah percuma akan diberikan secara rawak, dan harga tidak termasuk caj tempahan.

Kredit: Acolab

Tiket akan mula dijual pada 23 Disember 2024 (Isnin), jam 2:00 PM melalui Ticket2U (www.ticket2u.com.my). Untuk info terkini, ikuti laman media sosial rasmi Acolab di Facebook dan Instagram.

Tags: MalaysiaSolo Leveling Experience
ShareTweetSend
Previous Post

Antologi “Secret Level” Umum Season 2 Selepas Debut Berjaya!

Next Post

Game of the Year 2024 Pilihan PlayStation – Astro Bot Menang 6 Kategori!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Game of the Year 2024 Pilihan PlayStation – Astro Bot Menang 6 Kategori!

Game of the Year 2024 Pilihan PlayStation - Astro Bot Menang 6 Kategori!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd