Sebuah game indie yang dinanti-nantikan, A Space for the Unbound bakal tiba dengan versi fizikalnya tersendiri. Diterbitkan oleh Soft Source bersama Chorus Worldwide, game indie buatan Indonesia itu akan tersedia untuk PS4, PS5 dan juga Nintendo Switch pada 23 Februari 2023!
Bercerita tentang A Space for the Unbound, ia merupakan sebuah game slice-of-life adventure yang hadir seni piksel indah, yang berlaku pada lewat 90-an di sebuah tempat luar bandar di Indonesia. Ia mengisahkan tentang mengatasi kebimbangan, kemurungan dan juga hubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai kuasa supernatural.

Anda akan mengikuti pasangan kekasih sekolah menengah, Atma dan Raya dalam sebuah perjalanan penemuan di penghujung tahun persekolahan. Apabila kuasa supernatural tiba-tiba dilepaskan serta mengancam kewujudan mereka, Atma dan Raya mesti meneroka dan menyiasat bandar mereka untuk membongkar rahsia tersembunyi, menghadapi penghujung dunia dan mungkin mengenali antara satu sama lain dengan lebih banyak.

Berlaku di sebuah bandar kecil diinspirasikan oleh kawasan luar bandar di Indonesia semasa era 90-an, A Space for the Unbound memberikan sebuah pengalaman yang didorong oleh cerita yang menarik serta persekitaran yang cantik untuk diterokai. Jadi, kepada anda yang ingin memiliki versi fizikal untuk game ini, jangan lupa untuk simpan tarikh tersebut dalam kalendar anda. Untuk versi digital pula, ianya akan tersedia pada 19 Januari ini di PS4, PS5, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post