Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan filem ‘The Super Mario Bros. Movie‘ dan ‘Sonic the Hedgehog‘, nampaknya game Minecraft pun akan menerima filem aksi langsung bertajuk A Minecraft Movie—yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 3 April 2025!

Berita ini disahkan oleh GSCinemas, yang turut memuat naik teaser trailer pertama:

Dicipta oleh Warner Bros Pictures and Legendary Pictures serta dibintangi oleh Jason Momoa dan Jack Black, A Minecraft Movie, diarahkan oleh Jared Hess, ialah adaptasi aksi langsung pertama untuk Minecraft, permainan video terlaris sepanjang zaman.

Filem ini turut dibintangi oleh Emma Myers (Wednesday), calon Oscar Danielle Brooks (The Color Purple), Sebastian Eugene Hansen (Just Mercy, Lisey’s Story), dan Jennifer Coolidge.

Kredit: Warner Bros Pictures

Sinopsis

Kredit: Warner Bros Pictures

Selamat datang ke dunia Minecraft, di mana kreativiti bukan sahaja membantu anda mencipta, ia penting untuk bertahan hidup! Empat orang—Garrett “The Garbage Man” Garrison (Momoa), Henry (Hansen), Natalie (Myers) dan Dawn (Brooks)—bergelut dengan masalah biasa apabila mereka tiba-tiba ditarik melalui portal misteri ke Overworld: dunia empat segi yang berkembang pesat dengan imaginasi.

Untuk pulang ke rumah, mereka perlu menguasai dunia ini (dan melindunginya daripada perkara jahat seperti Piglin dan Zombie) sambil memulakan pencarian ajaib dengan pakar yang tidak dijangka, Steve (Black). Bersama, pengembaraan ini akan mencabar kelima-lima orang untuk memberanikan diri dan berhubung semula dengan kualiti yang menjadikan setiap seorang unik dan kreatif… kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju di dunia nyata.

Kredit: Warner Bros Pictures

Bagi mereka yang tidak tahu, Minecraft ialah game genre sandbox yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Mojang Studios pada 2011. Sejak dikeluarkan, ia telah dibawa ke pelbagai platform, termasuk smartphone, tablet dan pelbagai konsol.

Pada tahun 2014, Mojang dan harta intelek Minecraft telah dibeli oleh Microsoft pada nilai harga USD $2.5 bilion. Setakat hari ini, Minecraft masih adalah permainan video paling terlaris sepanjang masa, dengan lebih 300 juta salinan terjual dan hampir 140 juta pemain aktif bulanan setakat 2023.

Tags: A Minecraft Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!

Next Post

Anime 90-an ‘Yaiba’ Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Anime 90-an ‘Yaiba’ Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan

Anime 90-an 'Yaiba' Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd