Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Pameran/Expo, Teknologi, Tempatan, Trading Card Game
0 0
0
Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!
Share on FacebookShare on Twitter

Ingin mengalami kandungan digital terbaik dari Malaysia? Ayuhlah sertai LEVEL UP PLAY 2024 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 15 September di KLCC, Kuala Lumpur!

Kredit: LEVEL UP PLAY

Dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), LEVEL UP PLAY 2024 bertujuan untuk meraikan kandungan digital terbaik yang dibangunkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & antarabangsa. Menampilkan game terbaharu, animasi paling popular, acara esports, permainan kad dagangan (TCG), konsert mini, barangan premium, gajet & teknologi serta persembahan hiburan, peminat daripada pelbagai hobi boleh turut terlibat pada acara hujung minggu yang menarik ini!

Penuh dengan aktiviti, berikut adalah rumusan beberapa acara dan pameran yang akan diadakan di LEVEL UP PLAY.

Pameran game indie terbesar dari Malaysia dan Antarabangsa

Temui game indie terbaik buatan Malaysia dan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Australia, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Filipina dan banyak lagi!

Pelbagai reruai, demo, dan pelancaran game digital disediakan—malah anda boleh jadi antara yang pertama untuk menguji MASTRA, sebuah game mobile battle arena oleh Todak Studios. Jangan lepaskan pengalaman epik ini!

Pameran dan aktiviti animasi terkenal Malaysia

Kredit: LEVEL UP PLAY

Saksikan pameran animasi terbaik dari Malaysia! Terkenal hingga di luar negara, senarai termasuk Boboiboy, Mechamato, Ejen Ali, Upin Ipin, Didi & Friends, Omar & Hana, Bola Kampung, dan banyak lagi akan disajikan!

Tonton kartun, rancangan menarik dan program pendidikan hebat yang mengajar nilai-nilai murni dalam cara yang menyeronokkan!

Nikmati persembahan daripada artis antarabangsa, pelakon suara, dan VTuber

Boleh dikatakan antara sorotan utama di acara, anda boleh melihat persembahan langsung daripada artis global dan pelakon suara hebat, serta Vtuber kegemaran.

Dua nama besar yang bakal naik di atas pentas ialah: Nami Tamaki, penyanyi lagu tema untuk anime Mobile Suit Gundam Seed, Gundam Seed Destiny dan D. Gray-man; dan Mayu Maeshima, penyanyi lagu tema untuk anime Re:Zero − Starting Life in Another World, Full Dive, Overlord dan Uncle from Another World.

Berita gembira untuk penggemar VTuber, kerana hololive turut akan tampil di Malaysia! Khususnya, Kobo Kanaeru, Pavolia Reine, Ayunda Risu, dan Kureiji Ollie dari hololive ID akan membuat penampilan sebagai tetamu khas, dan akan mempamerkan bakat mereka ke hadapan orang ramai.

Sebagai salah satu peserta acara, Bushiroad juga mengumumkan bahawa Aina Aiba, yang terkenal sebagai pelakon suara Yukina Minato dari BanG Dream!, Claudine Saijo dari Revue Starlight dan Tokoha Anjou dari Cardfight!! Vanguard! akan hadir sekali ke atas pentas.

Ekspo dan pertandingan permainan kad dagangan (TCG)

Kredit: LEVEL UP PLAY

Selami koleksi permainan kad perdagangan yang luas, masing-masing dengan kisah dan mekaniknya yang tersendiri. Mengetuai seksyen ini ialah Bushiroad Expo 2024, yang memiliki beberapa permainan kad dagangan terkenal seperti Cardfight!! Vanguard, Weiss Schwarz, Rebirth for you, Shadowverse Evolve dan Hololive Official Card Game.

Bushiroad bukan satu-satunya syarikat besar di sini, kerana Magic: The Gathering, dan Ultraman Card Game turut hadir sekali. Di reruai masing-masing, peserta boleh belajar bermain bersama dan dapatkan produk eksklusif. Malah, pelbagai kejohanan kad besar juga diadakan di LEVEL UP PLAY!

Kejohanan Esports menarik untuk profesional dan kanak-kanak

Kredit: LEVEL UP PLAY

Sebuah acara digital tidak akan lengkap tanpa esports, dan nasib baiklah LEVEL UP PLAY menganjurkan pelbagai kejohanan untuk semua jenis genre game!

  • Pertama sekali ialah ACER Predator League 2024 untuk kategori Valorant & Dota 2, di mana pasukan akan merebut sebahagian daripada kumpulan hadiah sebanyak RM180,000 (USD38,500) dan peluang mewakili Malaysia di Grand Final.
  • Kedua ialah MLBB Junior Cup, yang kembali bagi tahun ke-5. Edisi kali ini memperkenalkan dua kategori iaitu kategori bawah 12-tahun dan bawah kategori bawah 18 -tahun.
  • Ketiga ialah PUBGM Open Tournament, di mana hadiah terkumpul sebanyak RM 4,000 menanti.
  • Keempat ialah eRacing International Championship, kejohanan eRacing terbesar di Malaysia yang memfokuskan pada game Assetto Corsa.
  • Akhir sekali ialah eFootball Tournament, dengan jumlah hadiah RM5,000 dan akan berlangsung di dua platform: Efootball Console (PlayStation 5) dan Efootball Mobile.

Jualan figura, mainan dan barangan eksklusif

Pelbagai figura, mainan dan barangan lain akan dipamerkan dan boleh dibeli pada harga istimewa. Antara jenama yang anda boleh temui seperti Marvel, Star Wars, Demon Slayer, Jujutsu Kaisen, Chainsaw Man, One Piece, Kaiju No. 8, Gundam dan banyak lagi.

Penggemar gacha pun boleh mencuba nasib secara langsung! Lebih 180 mesin Gashapon disediakan dan menampilkan watak kegemaran seperti Gundam, Shin Chan, Pokemon, One Piece dan lain-lain.

Sebelum balik, jangan lupa untuk dapatkan barangan eksklusif LEVEL UP PLAY 2024 untuk menandakan memori anda!

Harga dan ketersediaan tiket

Tiket boleh dibeli melalui laman Ticket2u, dan terdiri daripada:

  • 3-Day Pass (13-15 Sep) – RM60
  • Single Day Pass – RM20
Kredit: LEVEL UP PLAY

Cuma buat sementara waktu, pakej 3-Day Pass kini mempunyai promosi diskaun! Daripada harga RM60, anda kini boleh mendapatkan 3-Day Pass pada harga semurah RM40! Jika berminat, tiket boleh dibeli di SINI!

Sempena acara, MDEC turut mengadakan giveaway istimewa di mana anda boleh memenangi Nintendo Switch secara percuma. Anda hanya perlu membeli tiket LEVEL UP PLAY 2024, dan mengikuti beberapa langkah mudah untuk sertai.

Untuk maklumat lanjut tentang LEVEL UP PLAY 2024, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LEVEL UP PLAY 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Project DualPlay – Konsep Laptop dengan Controller Boleh Tanggal Untuk Pakej 2-in-1!

Next Post

A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia

A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd