FF7 Remake akhirnya dilancarkan pada PC dengan syarat anda boleh mendapatkannya di Epic Games Store dan membayar RM299 untuk bermainnya. Tetapi anda mungkin mahu tahu bagaimana prestasi permainan tersebut di PC. Menurut beberapa analisis perkakasan, FF7 Remake nampaknya tidak dioptimumkan terutamanya untuk PC.

Alex Battaglia telah menjalankan beberapa analisis ringkas mengenai FF7 Remake termasuklah masalah yang dihadapinya semasa bermain permainan itu. Antaranya ialah stuttering dalam game, frame rate hilang semasa memutar kamera dan ia juga tidak berjalan dengan 60 fps. Alex telah mengongsikan klipnya kepada rakan sekerja untuk pengesahan, dia juga telah mengesahkan spesifikasi PC tersebut. Dia yang menggunakan PC dengan CPU Intel i9 10900K dan Nvidia RTX 3090 pada 1080p dan masih mendapat bawah 60fps dengan kerap.
Tetapi ada juga yang bermain FF7 menggunakan PC spesifikasi lebih rendah berbanding Alex. Melalui The Gamer, dia menggunakan PC berspesifikasi berikut: CPU AMD Ryzen 5 1500X, Nvidia RTX 2080 Ti dan 16GB of RAM. Dia berjaya mengekalkan 100fps pada 1440p dan tetapan grafik maksimum. Mungkin Square Enix lebih mengoptimumkan FF7 Remake untuk perkakasan PC lama berbanding teknologi PC canggih sekarang.
Selain itu, jika anda memiliki salinan percuma FF7 Remake melalui langganan PS Plus, anda boleh upgrade permainan tersebut ke versi PS5. Itu tidak termasuk dengan DLC – Episode Intermission yang memaparkan Kisaragi Yuffie. DLC tersebut anda boleh beli dengan diskaun 25%.
Sumber: TheGamer, FF7 Remake Twitter

@gamersantaimy
Discussion about this post