Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rurouni Kenshin umumkan anime “rahsia” baru! Kemungkinan besar sekuel?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Rurouni Kenshin umumkan anime “rahsia” baru! Kemungkinan besar sekuel?
Share on FacebookShare on Twitter

Rurouni Kenshin telah mengesahkan bahawa sebuah anime baru sedang dalam pembikinan!

Diumumkan di acara Jump Festa 2022, Shueisha mengumumkan bahawa projek anime baru Rurouni Kenshin akan dihasilkan oleh LIDEN FILMS (Tokyo Revengers). Malangnya tiada apa-apa lagi yang diketahui tentang projek tersebut setakat ini yang bermakna kita tidak tahu format (sama ada filem atau siri TV), kakitangan, studio dan kandungan cerita.

Berita baik adalah sebuah teaser dikeluarkan untuk meraikan pengumuman ini:

Berikut adalah sinopsis ringkas tentang siri:

Pada tahun-tahun terakhir era Bakumatsu, terdapat seorang pembunuh upahan legenda yang dikenali sebagai Hitokiri Battousai. Ditakuti sebagai pembunuh tanpa belas kasihan, dia tidak dapat ditandingi di seluruh negara, tetapi secara misteri menghilangkan diri pada kemuncak Revolusi Jepun. Walaupun 10 tahun berlalu, nama Battousai masih menimbulkan ketakutan di hati veteran perang.

Tanpa mereka sedari, Battousai telah meninggalkan kehidupan lama yang kejam dalam usaha untuk bertaubat atas dosa-dosanya, dan kini hidup sebagai Kenshin Himura, seorang ronin dengan sikap ceria dan semangat yang teguh. Bersumpah tidak akan membunuh lagi, Kenshin mendedikasikan dirinya untuk melindungi yang lemah.

Suatu hari, dia terserempak dengan Kaoru Kamiya di dojonya, sedang diancam oleh seorang penyamar yang mendakwa dirinya Battousai. Selepas dibantu oleh Kenshin, Kaoru membenarkan dia tinggal di dojo.

Image

Sudah lebih dua dekad sejak adaptasi anime origina; Rurouni Kenshin disiarkan, namun francais itu kini sedang mengalami fasa comeback. Walaupun pencipta siri Nobuhiko Watsuki mempunyai sejarah silam kontroversi kerana memiliki pornografi kanak-kanak, siri ini telah diteruskan dengan bab baru malah baru-baru ini, filem live action kelima telah ditayangkan di pawagam. Siri manga sudah lama melangkaui anime asal, jadi saya tertanya-tanya sama ada anime baru Rurouni Kenshin akan teruskan kisah Kenshin atau menceritakan kisah sampingan.

Tags: animemangaRurouni KenshinSamurai X
Previous Post

Trailer rasmi My Hero Academia Season 6 didedahkan! Akan datang 2022!

Next Post

FF7 Remake PC lebih optimized untuk PC lama, Pemilik FF7R PS Plus boleh upgrade ke versi PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
FF7 Remake PC lebih optimized untuk PC lama, Pemilik FF7R PS Plus boleh upgrade ke versi PS5!

FF7 Remake PC lebih optimized untuk PC lama, Pemilik FF7R PS Plus boleh upgrade ke versi PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd