Kebanyakan peminat anime sudah biasa dengan aspek “censorship” bagi siri kegemaran mereka tetapi selepas anime Jojo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean akhirnya ditayangkan di BiliBili, ramai netizen China tidak berpuas hati kerana adegannya terlalu sensor sehingga merosakkan pengalaman menonton.
Jolyne Cujoh (anak perempuan kepada Jotaro Kujo) telah dimasukkan dalam Green Dolphin Street Prison selama 15 tahun selepas didakwa membunuh orang yang tidak bersalah sedangkan dia dituduh oleh teman lelakinya Romeo. Di penjara, Jolyne harus berkawan dengan pelbagai individu unik dan tanpa disedari, telah berjaya membuka abiliti Stand.
Baikah, itu hanya sinopsis pendek sahaja supaya semua orang faham.
Dari Part 1 hingga ke Part 6 (Stone Ocean), kita semua tahu bahawa Jojo’s Bizarre Adventure mempunyai jalan cerita supernatural yang sangat gory dan ganas. Watak di dalam kisah ini bukan sahaja berlawan, malah beberapa adegan seperti menikam, memenggal, putus kepala, kepala meletup -semuanya ada. Akibatnya, siri ini telah disensor dengan agak kuat di beberapa negara.
Berikut antara adegan Jojo: Stone Ocean yang kena sensor di BiliBili:
Kiri: sensor // Kanan: original
Seperti yang awak nampak di atas, kaedah sensor yang paling biasa digunakan adalah dengan membuang unsur darah yang melampau dan beberapa perubahan kecil pada anggota badan. Kalau dulu-dulu, adegan seperti ini selalunya akan dipotong atau digantikan dengan bahagian yang lebih ceria (walaupun tiada kaitan dengan peristiwa semasa).
Selepas ramai yang mengadu pengalaman mereka dirosakkan, mungkin inilah cara terbaik yang dapat dilakukan oleh BiliBili. Jangan tersilap, kerana gambar di atas tidak dapat menggambarkan betapa “gory-nya” kisah Jojo. Ada banyak lagi adegan yang lagi melampau dan kemungkinan besar semuanya dipenuhi dengan satu bayang besar yang menutup skrin.
Nasib baiklah, kita di Malaysia masih dapat tonton Stone Ocean dengan selesa di Netflix. Cuma saya perlu beri amaran. Ada sebab mengapa China sensor anime ini dan sejujurnya ia memang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak kecil. Awak nak tengok, itu tidak jadi masalah. Yang jadi masalah adalah apabila awak ajak satu keluarga termasuk adik yang masih tadika untuk tonton sekali.
Apa pendapat anda tentang kes ini? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Jojo’s Bizarre Adventure, sila tekan pautan ini.
Sumber – Baidu
@gamersantaimy
Discussion about this post