Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile Jepun mengadakan acara kolaborasi dengan Haruhi Suzumiya!

Maira by Maira
December 1, 2021
in Acara, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Mobile Game
0 0
0
PUBG Mobile Jepun mengadakan acara kolaborasi dengan Haruhi Suzumiya!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara kolaborasi antara PUBG Mobile dengan anime terkenal The Melancholy of Haruhi Suzumiya telah bermula! Kolaborasi ini datang dengan track muzik dan costume baru dalam permainan.

Costume dan gaya rambut Haruhi, Asahina Mikuru dan Nagato Yuki tersedia dalam crate traveler. Voice card untuk kelima-lima ahli SOS Brigade juga tersedia sekali dalam crate tersebut. Acara ini berlangsung bermula 30 November 2021 sehingga 21 Disember 2021 dan ia akan dibahagikan kepada dua fasa permainan.

Fasa 1: Collaboration Commemorative Event

Dengan log masuk ke dalam permainan semasa acara berlangsung, anda akan dapat menerima “voice card” daripada lima ahli “SOS Brigade” yang muncul dalam acara ini. Anda akan dapat menggunakan “voice line” mereka dalam permainan PUBG Mobile. Jadi, ambil peluang ini untuk mendapatkannya!

Fasa 2: Challenge from Haruhi Suzumiya

Satu misi telah dihantar daripada Haruhi Suzumiya, ketua SOS Brigade! Jika anda bermain SKUAD dalam mod KLASIK semasa acara, anda akan mendapat crate dengan peluang untuk memenangi item kolaborasi. Mari jadikan PUBG MOBILE lebih menarik bersama rakan sepasukan anda!

RelatedPosts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

📢『PUBG MOBILE』×『涼宮ハルヒの憂鬱』コラボ!
ハルヒ、みくる、長門のコラボ衣装&ヘアーが「Travelerクレート」に新登場!
SOS団5人のボイスカード「涼宮ハルヒ」「朝比奈みくる」「長門有希」「キョン」「古泉一樹」も一気に登場🆘👔#PUBGモバイル#PUBGMハルヒ#涼宮ハルヒの憂鬱 #涼宮ハルヒ pic.twitter.com/gydcjorjHk

— PUBG MOBILE JAPAN🍳 (@PUBGMOBILE_JP) November 30, 2021

Kempen Twitter

Untuk memperingati kerjasama antara PUBG MOBILE dan The Melancholy of Haruhi Suzumiya, satu kempen Twitter diadakan. Mereka yang mengambil bahagian dalam tempoh kempen akan dipilih secara loteri untuk menerima hadiah lumayan. Berikut adalah senarai hadiah yang bakal dimenangi:

  • Hadiah pertama: 12.9-inch iPad Pro (3rd generation) – 1 pemenang
  • Hadiah kedua: Keyholder dan Standee dari siri Haruhi Suzumiya – 6 pemenang
  • Hadiah ketiga: Traveler Ticket×5 – 10 pemenang

Sebagai sebahagian daripada kempen Twitter tersebut, mereka akan mengadakan kempen di mana anda boleh memenangi “shikishi autograf” yang ditandatangani oleh pelakon suara yang bertanggungjawab ke atas watak yang muncul dalam kolaborasi itu!

5 pemenang akan dipilih melalui loteri daripada mereka yang mengikuti Twitter rasmi PUBG MOBILE dan retweet antara Selasa, 30 November dan Selasa, 7 Disember. Berikut adalah hadiahnya:

  • Shikishi autograf oleh Aya Hirano (Haruhi Suzumiya): 5 orang
  • Shikishi autograf oleh Ouko Goto (Mikuru Asahina): 5 orang
  • Shikishi autograf oleh Minori Chihara (Yuki Nagato): 5 orang
  • Shikishi autograf oleh Tomokazu Sugita (Kyon): 5 orang
  • Shikishi autograf oleh Daisuke Ono (Kazuki Koizumi): 5 orang

Acara kolaborasi PUBG Mobile dan Haruhi Suzumiya ini tersedia di iOS dan Android. Untuk liputan lain mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamerbraves

Tags: Haruhi Suzumiya no Yuutsupubg mobilePUBGMThe Melancholy of Haruhi Suzumiya
Previous Post

Game MMORPG Top 1 Vietnam! Apa yang buatkan Jian Xia Qing Yuan R berbaloi dimainkan?

Next Post

Laptop gaming next-gen bertambah lebih mahal pada tahun 2022 menurut CEO Razer

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Laptop gaming next-gen bertambah lebih mahal pada tahun 2022 menurut CEO Razer

Laptop gaming next-gen bertambah lebih mahal pada tahun 2022 menurut CEO Razer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd