Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Kehidupan seorang pelukis komik” – Interview bersama Keith dari Kadokawa Gempak Starz

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Eksklusif, Komik, Tempatan, Temuramah
0 0
0
“Kehidupan seorang pelukis komik” – Interview bersama Keith dari Kadokawa Gempak Starz
0
SHARES
2.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu komik paling lama dan paling menghiburkan di Malaysia, saya pasti ramai yang tahu tentang Lawak Kampus terbitan Kadokawa Gempak Starz. Tetapi adakah anda kenal penciptanya, Keith? Saya hubungi Gempak Starz dan berpeluang mendapatkan interview bersama Keith untuk mendapat info lebih khusus bagi “kehidupan seorang kartunis”, pendapat dan pandangannya tentang industri komik Malaysia, dan sedikit info baru tentang anime Lawak Kampus akan datang.

No photo description available.

Sebelum itu, izinkan saya menjelaskan serba sedikit tentang latar belakangnya.

Keith atau nama sebenarnya, Keith Chong Kah Hwee adalah seorang kartunis dari Kadokawa Gempak Starz. Sebelum terkenal dengan Lawak Kampus, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang grafik di In-House Multimedia College pada tahun 1994. 6 tahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Lim Kok Wing University of Creative Technology dalam bidang Animasi 2D dan seterusnya ke Canada’s Sheridan College untuk mengambil jurusan animasi 3D.

Setelah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia, Keith menyertai Art Square Creation Sdn Bhd (kini adalah Kadokawa Gempak Starz) sebagai pembantu komik dan setahun kemudian, dinaikkan pangkat kepada ‘Lead Artist’. Lawak Kampus merupakan kejayaan awalnya dan sehingga hari ini, ia masih menerima sokongan daripada peminat. Pada 2018, KGS menerbitkan siri ‘Lawak Kampus 365’ bagi meraikan ulang tahun ke-15 Lawak Kampus.

Maka, mulalah interview sebenar bersama Keith tentang kehidupan seharian melukis Lawak Kampus dan bekerja di Kadokawa Gempak Starz.

Pengenalan kepada kehidupan seharian

Bolehkah anda menerangkan rutin seharian: berapa kerap perlu melukis, berapa jam bekerja sehari, dan lain-lain?

Keith: Ramai yang bertanya kepada saya – “Bagaimana untuk menjadi kartunis?”. Perkara pertama sudah tentu adalah semangat itu sangat penting. Kalau awak boleh duduk kat meja 8 jam tanpa henti melukis, awak boleh jadi kartunis.

Saya pergi pejabat pukul 8 pagi di mana saya sudah mula melukis. Saya akan berehat pada pukul 1 petang untuk makan tengahari atau berehat selama sejam, lalu sambung melukis sehingga pukul 5. Awak perlu melukis tanpa henti selama 8 jam. Jika awak mempunyai semangat seperti ini, saya rasa tidak ada masalah untuk menjadi kartunis.

Tetapi apabila saya memberitahu orang, mereka akan berkata – “Serius? Saya perlu duduk selama itu dan melukis?”. Saya jawab “Ya, awak mesti.” Jika tidak, awak tidak boleh memenuhi deadline kerana mempunyai terlalu banyak perkara untuk lukis. Agak menakutkan, tetapi ia benar.

May be a cartoon of indoor
Meja kerja Keith bersama barisan koleksi mainan

Apabila berkata 8 jam, adakah anda perlu melakukan segala-galanya daripada melakar dan mewarna?

Keith: Pada mulanya, ya semasa saya baru menyertai Gempak. Pada masa itu, saya masih tidak mempunyai pembantu, jadi saya perlu melakukan segala-galanya.

Selepas permintaan semakin meningkat, saya perlu membuat lebih banyak kerja, Jadi, saya mempunyai pembantu yang tolong untuk sesi brainstorming bagi jalan cerita dan inking. Tetapi bahagian lukisan, saya masih bertanggungjawab. Bagi mewarna pula, kerja akan dibuat oleh colourist.

Adakah anda terus melukis jalan cerita, atau sudah mempunyai idea sebelum itu?

Keith: Idea mesti disediakan lebih awal. Jadi apabila duduk di meja setiap hari, awak boleh terus melukis. Tidak ada masa untuk memikirkan jalan cerita.

Kita memang perlu sediakan idea lebih awal kerana jika tidak, awak hanya akan duduk dan berfikir kosong. Saya rasa tidak sempat siap sebelum deadline. Jadi, kita kena fikir tentang jalan cerita dulu, dan kemudian duduk melukis.

No photo description available.
Lakaran kerja di rumah kerana PKP

Berapa lama deadline itu?

Keith: Buat masa sekarang, saya perlu siapkan tiga jilid dalam masa setahun di mana saya akan ambil masa 4 bulan untuk memproses satu jilid. Sebelum ini, saya perlu siapkan empat jilid dalam masa setahun yang membuatkan jadual saya agak ketat.

Saya tidak boleh bercuti. Jika tidak, saya tidak boleh siapkan sebelum deadline. Jadi saya rasa agak tertekan masa itu. Sekarang, saya hanya perlu keluarkan tiga jilid setahun, yang lebih baik untuk diri. Jika tidak, saya terlalu penat dan tertekan.

Pendapat, inspirasi dan pandangan peribadi

Apakah komik kegemaran, dan mana satu boleh dikatakan telah mempengaruhi seni anda?

Keith: Yang mempengaruhi saya ialah Doraemon. Itu adalah manga pertama yang saya baca sekitar 4 tahun dan ia benar-benar memberi impak besar pada saya ketika itu. Jalan cerita memang sangat menarik, walaupun pada masa itu saya masih belum tahu membaca -tetapi saya boleh memahami kisahnya, hanya dengan melihat lukisan.

Selepas masuk sekolah, saya masih merasakan Doraemon mempunyai kisah yang menarik. Sehingga sekarang, ia tidak pernah rasa ketinggalan zaman. Saya baca dan kata “Oh ini cerita yang menarik. Idea yang bagus, saya mahu mencapainya.” Jadi itulah yang benar-benar mempengaruhi saya.

Keith bersama Doraemon

Selain itu, adakah artis Amerika atau Eropah turut mempengaruhi gaya seni anda?

Keith: Malangnya pada masa itu, ia tidak mudah untuk mendapatkan buku komik dari Barat. Tetapi saya suka gayanya, terutamanya komik AS. Saya lebih kepada manhua Hong Kong dan manga Jepun, kerana bagi saya, komik Amerika agak sukar untuk difahami -saya tidak tahu mengapa. Sehingga hari ini, saya masih tidak begitu faham jalan cerita. Tetapi manga -ya, saya suka penceritaannya.

Bagi Amerika, seninya sangat bagus, tetapi jalan ceritanya bagi saya tidak mudah difahami. Untuk manga, saya sentiasa suka gaya penceritaannya.

Siapakah artis yang paling rapat dengan anda di Kadokawa Gempak Starz?

Keith: Saya masih rapat dengan Zint dan Kaoru sehingga sekarang. Bagi saya, kedua-dua Zint dan Kaoru adalah senior saya. Mereka lebih awal masuk Gempak daripada saya.

Disebabkan Zint tidak kerja lagi di Gempak Starz kerana bekerja bebas, dia sekarang tinggal di Ipoh. Jadi kita tidak bertemu lagi begitu kerap. Untuk Kaoru, kerana dia masih bekerja di sini, kita boleh berjumpa setiap hari, jadi saya rasa kami agak rapat.

Sesi autograph Keith dan Kaoru pada tahun 2019

Apakah yang lebih penting, gaya atau idea?

Keith: Saya rasa kedua-duanya. Sebab gaya boleh dilatih dan boleh ditukar mengikut apa yang awak nak. Sebelum ini, gaya saya tidak seperti yang awak lihat di Lawak Kampus. Sebelum ini, gaya saya lebih kepada Shonen. Sebab masa muda, saya cuba lukis macam Dragonball, macam One Piece kerana ia nampak cool. Kerana masih budak ketika itu, saya ingin melakukan sesuatu yang cool, lalu mencuba gaya itu.

Sehinggalah menerima tugas atau projek dari bos, sekarang gaya saya lebih ke Lawak Kampus yang nampak comel. Gaya ini betul-betul berbeza dari apa yang saya ada dulu. Itulah sebabnya saya kata gaya lukisan boleh dilatih.

Tetapi, idea lebih penting kerana kita perlu dapatkan cerita menarik yang orang akan ingat. Jika anda ingin mendapatkan gaya lukisan yang lebih hebat, kerahkan lah lebih banyak masa dan usaha untuk mendapatkannya. Yang penting adalah idea supaya orang sentiasa ingat.

Pelukis komik klasik seperti Rejabhab atau Datuk Lat mempunyai gaya yang ikonik. Tetapi pada masa kini, lebih ramai artis telah mula menggunakan gaya seperti manga. Apakah pendapat anda?

Keith: Setiap generasi perlu mempunyai gaya sendiri yang berbeza. Macam sebelum ini, kita ada Ujang dan Gila-Gila kan? Bagi saya mereka lebih kepada gaya tradisional Malaysia. Kerana pada masa itu, kami tidak mempunyai terlalu banyak pilihan dalam pasaran, dan melukis cara tradisional supaya semua orang membaca. Untuk generasi saya, kita ada Manhua Hong Kong.

Selepas kemunculannya, ramai mula ikut gaya Manhua. Saya pun cuba melukis macam Pendekar Laut, macam Stormrider.. itu adalah genre lain untuk saya. Selepas itu, internet menjadi lebih terbuka dan orang kini mempunyai lebih banyak pilihan. Ia menjadi lebih mudah untuk mendapatkan manga dan anime, jadi ini pula mempengaruhi generasi yang berbeza. Bagi saya, ia tidak teruk dan tidak boleh diubah kerana seluruh dunia melakukan melakukan perkara yang sama.

Itu cuma gaya, yang penting awak ada idea sendiri untuk menghasilkan karya seni yang berbeza. Tetapi sekarang, generasi baru lebih kepada manhwa Korea seperti webtoon dan lain-lain. Sekarang pun, manhua China sangat-sangat popular di Jepun dan menembus pasaran sana.

Keith bersama Datuk Lat

Rancangan pada masa depan

Anda sangat terkenal kerana melukis komik jenis komedi. Adakah anda mahu beralih ke genre lain?

Keith: Seperti apa yang saya kata tadi -sebelum membuat Lawak Kampus, saya cuba lukis stail ala Shonen. Tetapi saya terlalu sibuk melukis Lawak Kampus sehingga tidak ada masa. Saya bertanya kepada bos “Bolehkah saya melukis sesuatu selain Lawak Kampus? Dia jawab “Baiklah, tiada masalah tetapi anda tidak boleh berhenti melukis Lawak Kampus. Pada masa yang sama, awak boleh melukis apa yang awak mahu.”

*Keith menunjukkan dua jilid Wasabi (salah satu karya awalnya)*

No photo description available.
Antara adegan dalam Wasabi

Ini adalah Wasabi. Saya cuba melakukan sesuatu yang berbeza daripada Lawak Kampus. Ini adalah dua buku yang saya cuba gaya dan penceritaan yang berbeza. Saya agak suka tetapi beban kerja menjadi terlalu padat kerana saya terpaksa tergesa-gesa menyiapkan pelbagai jenis kerja pada masa yang sama. Saya tidak dapat melakukannya. Jadi selepas dua tahun, Wasabi ditamatkan dan saya teruskan Lawak Kampus. Sekurang-kurangnya, saya mencuba sesuatu dan gembira dengannya.

*Keith menunjukkan Rewind (antologi cerita one shot yang berbeza)*

Saya pernah membuat pelbagai gaya cerita yang berbeza dalam majalah Gempak, jadi inilah kompilasinya. Saya ingin mencuba sesuatu selain daripada komik 4-panel Lawak Kampus tetapi kerana permintaan yang tinggi, saya tidak boleh berhenti begitu sahaja dan akan teruskan melukis.

No photo description available.
Lawak Kampus bersama Rewind

Berapa lama anda ingin Lawak Kampus berjalan?

Keith: Tahun 2023 adalah ulang tahun ke-20 untuk Lawak Kampus. Ini adalah pencapaian yang besar bagi saya. Saya tidak percaya boleh melukis satu komik selama 20 tahun. Saya tidak pasti berapa lama mahu melukis tetapi selagi pembaca masih mahukannya, masih menikmatinya -saya akan melukis sehingga bila-bila. Macam Doraemon yang sangat terkenal dan ramai masih suka, saya harap karya ini akan melakukan perkara yang sama.

Apakah perasaan anda tentang animasi Lawak Kampus yang diumumkan awal tahun ini? Apakah aspek seni dan cerita yang anda mahu lihat dalam animasi ini?

Keith: Bagi saya, ini adalah impian terbesar. Saya sentiasa mahu karya saya menjadi kartun atau animasi dan rasanya ini juga adalah impian terbesar untuk mana-mana kartunis atau artis komik. Saya bertuah akhirnya ia berlaku untuk Lawak Kampus!

Setakat ini, animasi masih dalam pembikinan. Saya tidak boleh berkata apa-apa tetapi sudah melihat wireframe dan animasi kasar. Saya agak menyukainya dan rasa jalan cerita amat kelakar. Buat masa in, saya masih menunggu produk akhir untuk siap, jadi nantikan lah! Stay tuned! 

Poster pengumuman animasi Lawak Kampus

Adakah animasi ini mempunyai jalan cerita asli atau adakah ia akan mengikuti komik?

Keith: Pada dasarnya, cerita utama akan mengikuti komik. Setiap hubungan dan watak-watak semuanya merujuk kepada komik. Tetapi mereka [studio] akan meletakkan beberapa idea sendiri.

Bagi bakal artis komik, adakah anda mempunyai apa-apa petua atau panduan untuk mereka?

Keith: Disebabkan kemudahan media sosial pada masa kini, awak boleh menunjukkan semua orang karya yang dibuat di internet. Ramai orang cakap “Saya boleh buat macam itu. Saya pun boleh melukis dengan bagus”. Jangan cakap, terus buat saja. Apabila tiba masanya, jika bersiap sedia awal, anda akan mendapat peluang. Anda hanya perlu sentiasa berlatih dan sentiasa melukis sehingga satu hari peluang itu datang.

Apa-apa pesanan untuk peminat Malaysia dan di seluruh dunia?

Keith: Nikmatilah karya kami. Baca dan sokong karya Malaysia tidak kira komik, filem. Apa-apa yang Malaysia. Kami memerlukan sokongan anda untuk berkembang lebih jauh!


No photo description available.
Keith bersama mural Lawak Kampus

Maka, tamatlah interview kami dengan Keith! Sebagai seorang kartunis yang berjaya, banyak yang saya belajar tentang industri komik tempatan dan sememangnya, ia tidak mudah seperti orang ramai sangka. Sesiapa yang memegang cita-cita untuk menjadi pelukis, saya harap petua yang diberi oleh Keith juga membantu untuk memberi semangat. Paling penting sekali, kita dapat tahu tentang progres animasi Lawak Kampus dalam interview ini.

Selain dari berjalan lancar, nampaknya pihak studio pun menambah beberapa idea sendiri untuk membuatkan animasi lagi hebat. Memang saya tidak sabar apabila siri ini keluar secara rasmi!

Itu sahaja untuk interview saya bersama pencipta Lawak Kampus, Keith dari Kadokawa Gempak Starz! Anda boleh mengikuti Facebook rasmi Keith atau halaman Kadokawa Gempak Starz (FB, Twitter) untuk mengetahui perkembangan terkini tentang karyanya! Untuk segala liputan kami tentang Gempak Starz, anda boleh tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifGempak StarzinterviewKeithkomikLawak KampusMalaysia
Previous Post

Cyberpunk 2077 akan mendapat mod multiplayer akan datang!

Next Post

[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane “Vi”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane “Vi”!

[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane "Vi"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd