Netflix mengumumkan pada hari Rabu bahawa musim kedua live action berdasarkan manga Alice in Borderland oleh Haro Aso akan ditayangkan pada perkhidmatan itu pada Disember 2022.
Musim baru ini sekali lagi dibintangi Kento Yamazaki ( Live Action Kingdom, Jojo’s Bizarre Adventure, Your Lie in April) sebagai Ryōhei Arisu dan Tao Tsuchiya (Live Action Rurouni Kenshin, Orange, Library Wars, Aozora Yell) sebagai Yuzuha Usagi. Shinsuke Sato juga kembali sebagai pengarah siri ini.

Musim pertama Alice in Borderland telah ditayangkan di Netflix pada Disember 2020 di 190 negara di seluruh dunia. Ia merupakan siri live action yang paling banyak ditonton di Jepun pada tahun 2020 dan ia disenaraikan dalam 10 siri teratas Netflix di 40 negara dan wilayah di seluruh dunia. Laman web hiburan Variety telah melaporkan pada 2 November bahawa kejayaan Squid Game telah meningkatkan tontonan musim pertama Alice in Borderland.

Sinopsis Alice in Borderland
Arisu Ryohei—seorang lelaki muda yang tidak bermaya, menganggur dan obses dengan permainan video—tiba-tiba mendapati dirinya berada dalam versi Tokyo yang pelik dan kosong di mana dia dan rakannya mesti bersaing dalam permainan berbahaya untuk terus hidup. Dalam dunia yang aneh ini, Arisu bertemu Usagi, seorang wanita muda yang bermain permainan ini sendirian. Selepas permainan berbahaya yang menguji Arisu, mereka bersama-sama pergi untuk membongkarkan satu demi satu misteri sambil mereka mempertaruhkan nyawa mereka dan menghadapi apa yang dimaksudkan dengan hidup.

Jadi kepada korang yang belum tengok lagi siri ini, kami ada membuat senarai perkara yang anda perlu tahu tentang Alice in Borderland. Selain itu, Live Action Cowboy Bebop pon akan ditayangkan tidak lama lagi. Jangan lupa langgan Netflix kalau anda nak tengok semua siri-siri hebat ini. Untuk liputan lain mengenai siri di Netflix, sila klik pada pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post