Tencent Games dengan kerjasama TiMi Studio Group telah mengumumkan satu game terbaru yang berkonsepkan open-world action RPG iaitu Honor of Kings: World. Game ini berdasarkan permainan mobile yang popular, Honor of Kings, dan akan dikeluarkan di seluruh dunia di pelbagai platform yang berbeza. Tarikh pelancaran game ini masih belum diumumkan oleh pihak Tencent.
Tencent juga ada mengumumkan kerjasama dengan penulis fiksyen sains, Liu Cixin yang dikenali dengan game The Three-Body Problem. Dengan kemasukan Liu Cixin, ia akan membawa persepsi uniknya terhadap budaya dan etika kaum Cina ke dalam Honor of Kings: World.
Honor of Kings ialah permainan pertempuran kompetitif yang dikeluarkan untuk iOS dan Android pada November 2015 di China yang dikenali pada mulanya sebagai League of Kings. Walau bagaimanapun, nama itu ditukar berikutan aduan bahawa nama itu terlalu serupa dengan game kompetitif yang lain iaitu League of Legends. Di luar negara China, game ini telah dikenali sebagai Arena of Valor. Arena of Valor mempunyai beberapa kolaborasi bersama francais lain, dengan Batman menjadi wira yang boleh dimainkan dalam MOBA tersebut.
Berdasarkan maklumat dari TiMi Studio Group, Honor of Kings adalah permainan pertama dengan purata 100 juta pengguna aktif harian di dunia, dan merupakan salah satu permainan dengan kutipan tertinggi di dunia sepanjang masa.
Berdasarkan trailer sahaja, permainan ini pasti mempunyai jalan cerita dan watak yang menarik. Pada awal trailer ini, kita dipersembahkan dengan CG berkualiti tinggi dengan mempamirkan konsep permainan pertarungan seakan Monster Hunter dengan mekanik pertempuran yang pantas.
Lihat Trailer pengumuman Honor of Kings: World di bawah:
Sumber : Weibo Tencent
@gamersantaimy
Discussion about this post