Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Eternals antara filem MCU dengan rating terendah di Rotten Tomatoes

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Marvel Eternals antara filem MCU dengan rating terendah di Rotten Tomatoes
0
SHARES
597
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 4 November 2021, Eternals akan tiba secara eksklusif di pawagam Malaysia tetapi beberapa individu bertuah telah melihatnya semasa acara tayangan perdana di Hollywood. Jangan risau, tiada sebarang spoiler di sini. Malangnya, siapa yang berjaya menonton filem Eternals mendapati ia tidak beberapa bagus dan memberi ulasan serta rating peribadi di Rotten Tomatoes. Semasa menulis artikel ini, filem Eternals kini mempunyai rating sebanyak 70%, lantas menjadikannya salah satu filem MCU dengan penilaian paling rendah dalam sejarah francais.

Kalau saya nak cakap secara realistik, kebanyakan studio filem sebenarnya amat berpuas hati jika diberi rating setinggi ini tetapi untuk sebuah filem MCU, ia agak tidak bagus. Hanya dua filem MCU sahaja yang mempunyai rating yang lebih rendah iaitu Thor: The Dark World, dan The Incredible Hulk tetapi ramai peminat Marvel tidak menganggap kedua-dua filem ini sebagai sebahagian daripada MCU kerana perubahan pelakon. Perkara itu saya tidak akan sentuh.

Eternals kini menduduki tempat ketiga untuk rating paling rendah dalam senarai 26 filem MCU di bawah Iron Man 2. Walaupun pernah mendapat rating awal sebanyak 75%, jumlah ulasan yang masuk terus membuatkannya merudum semakin bawah. Lebih banyak ulasan tentang Eternals akan datang dalam minggu-minggu akan datang apabila ia ditayangkan secara rasmi kepada khayalak ramai, jadi hanya masa yang akan menentukan nilai sebenar Eternals.

Bagi mereka yang tidak tahu, Eternals adalah sebuah filem superhero pada tahun 2021 berdasarkan watak Marvel Comics, Eternals. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, ia merupakan filem ke-26 dan merupakan sebahagian daripada francais Marvel Cinematic Universe (MCU).

Filem ini diarahkan oleh Chloé Zhao, dengan lakon layar oleh Kaz dan Ryan Firpo. Dibintangi oleh Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Don Lee, Barry Keoghan, Angelina Jolie dan Kit Harington.

Sinopsis: Selepas tragedi yang tidak dijangka berikutan peristiwa Avengers: Endgame (2019), Eternals, bangsa alien abadi yang dicipta oleh Celestial yang diam-diam tinggal di Bumi selama lebih dari 7000 tahun-bersatu semula untuk melindungi manusia daripada musuh jahat mereka, Deviants.

Untuk segala liputan kami tentang francais Marvel, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EternalsfilemmcuRatingRotten Tomatoes
Previous Post

Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!

Next Post

Pra-daftar Final Fantasy VII: The First Soldier sudah bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pra-daftar Final Fantasy VII: The First Soldier sudah bermula!

Pra-daftar Final Fantasy VII: The First Soldier sudah bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd