Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 bakal menyatukan dan memperkukuh Industri Kreatif Asia Tenggara

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 bakal menyatukan dan memperkukuh Industri Kreatif Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, bakal melangsungkan Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 sepanjang bulan November 2021. Dengan matlamat untuk mengukuhkan industri kreatif sepenuhnya, MYDCF bakal menjadi asas dalam mempertingkatkan kesedaran orang ramai dan mengangkat agenda digitalisasi negara.

Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC

“Dengan pasaran global bernilai AS$432 bilion pada tahun 2020, industri kreatif digital memainkan peranan penting bukan sahaja dalam fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19 selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), tetapi juga ke arah pembangunan ekonomi digital Malaysia seperti dirangka dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“MYDCF adalah satu lanjutan daripada pelbagai program MDEC demi menyokong industri dan menggalakkan penyertaan belia dalam sektor pertumbuhan tinggi ini. Kami bukan sahaja berhasrat untuk mengukuhkan lagi ekosistem kreatif digital di Malaysia, malah untuk mempromosikan kerjasama serantau dan untuk meraikan tawaran terbaik kami. Malaysia mempunyai aspirasi besar untuk menjadi Nadi Digital ASEAN dan hab kandungan kreatif – MYDCF bakal menjadi langkah penting ke arah itu,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Gopi Ganesalingam, Ketua Pegawai Industri Digital (CDIO) MDEC

Menurut Gopi Ganesalingam, Ketua Pegawai Industri Digital (CDIO) MDEC, “Di sebalik mandat kami untuk memajukan ekonomi digital yang mampan dan memperkukuh industri, MYDCF juga berfungsi sebagai sandbox untuk memupuk kemampanan, inovasi dan sokongan berterusan dalam ruang kandungan digital dengan meluaskan ruang ini kepada pencipta dan pengguna untuk berhubung dan memupuk antara satu sama lain.”

Pelbagai program interaktif dan menghiburkan akan diadakan sepanjang bulan ini dan sebahagian daripada tumpuan utama ekspo ini adalah:

  1. Pameran Kerjaya
    • MYDCF bakal menampilkan lebih daripada 200 jawatan kosong dan lebih 50 syarikat yang aktif mengambil pekerja. Selain peluang pekerjaan, ACESTAR juga bakal mengadakan sesi bimbingan kerjaya dengan pemain industri baru yang ingin berkembang dengan studio-studio sedia ada, manakala PlayStation Studios, Bandai Namco, Streamline dan Codemaster akan mengadakan ceramah kerjaya.
  2. Anugerah Permainan Asia Tenggara
    • Meraikan studio permainan indie dan pemaju permainan dari rantau Asia Tenggara. Dengan kerjasama EGG NETWORK, acara ini difokuskan bagi mengetengahkan tawaran terbaik oleh industri permainan rantau Asia Tenggara kepada dunia.
  3. Anugerah Kre8tif!
    • Anugerah Kre8tif! Asia Tenggara dianjurkan oleh MDEC untuk mencari dan mengiktiraf pencipta animasi yang berbakat dan memberi penganugerahan kepada karya luar biasa mereka. Penganjuran anugerah ini disertai oleh lebih 65 negara termasuk Hungary, Sweden, Amerika Syarikat dan Brazil. Antara juri hakim anugerah ini ialah Carlene Tan dari Cartoon Network, Eka Chandra dari Asosiasi Industri Animasi Indonesia, Nop Dharmavanich dari Thai Animation and Computer Graphics Association dan Nohadznita Hj. Mohammad Ilham dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  4. Kejohanan e-sukan
    • Kejohanan ini akan diadakan bersama-sama dengan kerjasama bersama penganjur e-sukan seperti Rev Media Group, ESDK Services, Gamesbond, Flash Vision, Kitamen, Malaysia Esports Arena dan Axis Esports untuk menarik pemain dari PUBG Mobile, Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Apex Legends, Free Fire, Valorant, Wild Rift, Ejen Ali : Agents Arena, FIFA22, Street Fighter V, Tekken 7, King of Fighter 14 dan Guilty Gears. Para pemenang bakal membawa pulang hadiah keseluruhan sehingga RM70,000.00. Terdapat juga Masterclass yang akan diadakan untuk DOTA2, MLBB dan e-sports shoutcasting.
  5. LEVEL UP KL Junior Shoutcasting Challenge 2021
    • Kombinasi yang menggabungkan bengkel, sesi bimbingan dan juga pertandingan, pertandingan ini akan menampilkan lebih 200 pelajar sekolah dengan tujuan untuk membentuk kumpulan bakat yang kukuh dan mencungkil bakat dalam industri kreatif. Pemenang akan berpeluang untuk berganding bersama profesional di LEVEL UP KL Junior Cup 2021 dan MLBB Professional League MY 2022.
  6. SIGGRAPH Asia @ MYDCF
    • MDEC telah bekerjasama dengan SIGGRAPH Asia bagi menjalankan promosi silang untuk komuniti penyelidikan teknologi grafik komputer. Dalam acara tersebut, SIGGRAPH akan berkongsi mengenai penerbitan Raya and the Last Dragon, Baymax Dreams dan teknologi/perisian /perkakasan terkini industri hiburan yangi digunakan dalam filem box office.
  7. Pembentangan Kertas Akademik
    • Pembentangan oleh ahli akademik dari universiti yang turut mengambil bahagian seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Universiti Taylors, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Multimedia MMU mengenai penyelidikan mereka berkenaan industri yang mempromosikan penyelidikan dan perkembangan dalam teknologi grafik komputer. Beberapa topik yang akan dibincangkan adalah tentang elakkan dari memuliakan bunuh diri dan menyakiti diri sendiri dalam animasi, boneka stop motion 3D, token tidak mudah alih (NFT) dan penyakit siber dalam video VR 360 darjah.
  8. Comic Art Festival
    • Comic Art Festival adalah acara yang berfokus kepada pencipta untuk meraikan kreativiti dan kepelbagaian di sebalik seni ilustrasi, pembuatan komik dan bidang visual yang berkaitan. Bersama Comic Fiesta dan Alliance Francaise de Kuala Lumpur, festival ini akan menyediakan ruang untuk pendidikan berkenaan komik dan pembuatan komik dan platform rangkaian sosial untuk pelukis dan peminat.

MYDCF 21 juga akan menyaksikan pra-pelancaran Malaysian Game Store, sebuah penerbitan digital pertama bagi permainan buatan Malaysia, satu platform kerjasama bersama MDEC bagi membuka jalan bagi studio di Malaysia untuk mengembangkan peluang perniagaan mereka. Seiring dengan itu, Monsta Studio, pemenang anugerah dan pencipta pelbagai harta intelek mesra keluarga seperti Boboiboy, yang disokong oleh MDEC, juga akan melancarkan usaha baru mereka di festival ini.

MYDCF 2021 akan menampilkan ekspo gamified untuk para pengunjung Malaysia. Melalui aplikasi web, orang ramai boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan peserta pameran; menonton kandungan pentas maya; membeli produk dan perkhidmatan; dan mencipta avatar unik mereka sendiri.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi menangi barangan fizikal dan maya, termasuk Sony PlayStation 5.

“Industri kandungan kreatif digital yang progresif dan inklusif memerlukan sokongan semua pihak berkepentingan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami EGGNETWORK, ACESTAR, SIGGRAPH Asia, Comic Fiesta, Alliance Francaise de Kuala Lumpur, dan universiti yang mengambil bahagian untuk menjayakan MYDCF,” tambah Mahadhir.

Mana-mana netizen Malaysia yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai MYDCF 2021 melalui https://mydcf.my/.

Tags: MalaysiaMalaysia Digital Creativity FestivalMDECMYDCF 2021tempatan
Previous Post

Temu ramah eksklusif – Project Dreamcatcher!! akan bikin ‘idol anime’ pertama di Malaysia

Next Post

Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel

Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd