Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sertai Borderlands 3 Free Play Weekend di PlayStation, Xbox, & PC Steam, percuma buat masa terhad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game Percuma, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sertai Borderlands 3 Free Play Weekend di PlayStation, Xbox, & PC Steam, percuma buat masa terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Bosan dan tidak tahu nak buat apa pada hujung minggu ini? Apa kata korang cuba Borderlands 3 Free Play Weekend! Seperti namanya, kita boleh mencuba Borderlands 3 Edisi Standard secara percuma di PC Steam, Xbox Series X|S & Xbox One, dan PlayStation 5 & PlayStation 4 (pelanggan PlayStation Plus sahaja).

Announcing the #Borderlands3 Free Play Weekend on PlayStation (PS Plus subscribers only), Xbox, Steam, and Stadia! Now’s the perfect time to recruit a friend for some co-op Vault Hunting mayhem!

Learn more: https://t.co/R2kG61T628 pic.twitter.com/5wucguNFbp

— Borderlands (@Borderlands) October 14, 2021

Anda bukan sahaja akan melawan Calypso Twins dan organisasi Children of the Vault dalam kempen cerita utama — malah juga dapat menikmati pelbagai kandungan percuma yang telah ditambahkan ke dalam permainan sejak pelancaran asal. Nikmati ciri crossplay di Xbox One, Xbox Series X|S, Mac, dan PC berkat kepada Crossplay Update, atau mencuba ketiga-tiga acara bermusim — Bloody Harvest, Broken Hearts Day, and Revenge of the Cartels — yang kini dapat diaktifkan melalui menu utama!

Untuk terus bermain selepas Borderlands 3 Free Play Weekend, anda boleh beli mana-mana edisi Borderlands 3 di platform yang sama dan semua kemajuan dan loot akan disimpan supaya dapat meneruskan aksi dari mana mereka tertinggal. Ini juga membolehkan anda terus menggunakan apa-apa ‘add-on’ atau barang yang dibeli untuk Borderlands 3 semasa sesi percuma. Jika sebelum ini was-was untuk beli Borderlands 3, sekurang-kurangnya acara Free Weekend ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Image

Berikut adalah jadual penuh:

Steam

  • Bermula: 15 Oktober, 1:00 PG UTC + 8
  • Tamat: 19 Oktober, 1:00 PG UTC + 8

PlayStation (Perlukan PlayStation Plus)

  • Bermula: 15 Oktober, 1:00 PG JST (SIE Asia)
  • Tamat: 18 Oktober, 1:00 PG JST (SIE Asia)

Xbox

  • Bermula: 14 Oktober, 15:00 PTG UTC + 8
  • Tamat: 18 Oktober, 2:59 PTG UTC + 8

Untuk bermain Borderlands 3 semasa Free Play Weekend di platform pilihan anda, anda perlu mencari Borderlands 3 edisi Standard di kedai dalam talian platform anda, dan muat turun permainan di PC dan konsol. Harap maklum bahawa pengguna PS4 dan PS5 memerlukan langganan PlayStation Plus yang aktif untuk turut serta.

Untuk segala liputan kami tentang Borderlands 3 termasuk review, sila tekan pautan ini.

Tags: Borderlands 3Free Play WeekendPCPercumaplaystationxbox
Previous Post

HOYO FEST Tears of Themis cafe akan dibuka di Malaysia!

Next Post

[GIVEAWAY] Komen untuk peluang memenangi pelbagai hadiah premium DUNE dari Warner Bros. Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post

[GIVEAWAY] Komen untuk peluang memenangi pelbagai hadiah premium DUNE dari Warner Bros. Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd