Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebuah manhwa Korea terpaksa dibatalkan selepas memplagiat manga & anime popular Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sebuah manhwa Korea terpaksa dibatalkan selepas memplagiat manga & anime popular Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 24 September lalu, manhwa Cat On a Hot Tin Roof mengumumkan bahawa siri ini terpaksa dibatalkan hanya sebulan selepas membuat debut. Apakah yang terjadi? Manhwa Korea tersebut menghadapi tuduhan memplagiat reka bentuk dan susunan naratif dari manga Jepun popular Monster oleh Naoki Urasawa dan siri anime Evangelion.

Gambar perbandingan antara Cat On a Hot Tin Roof dan Monster mula menjadi viral di sebuah forum pada 16 September. Bahagian di mana timbulnya kontroversi plagiarisme adalah pemandangan di mana watak utama Min-seo dan Ji-won, melintasi palang besi yang berbahaya di tapak pembinaan. Lukisan latar belakang untuk pemandangan, ekspresi Min-seo yang ketakutan semasa melintasi jambatan, dan perbualan antara Min-seo dan Ji-won sangat mirip dengan manga ‘Monster’. Khususnya, bahagian di mana Ji-won menolong Min-seo menyeberangi palang besi dengan mengatakan, “Jangan panik, rapatkan lutut anda dulu”.

Naver Webtoon, yang menerbitkan manhwa ini, mengakui segala tuduhan dalam satu pernyataan media pada 18 September. Setelah berunding dengan artis, mereka telah membuat keputusan untuk membatalkan penerbitan Cat On a Hot Tin Roof. Penerbit kemudian meminta maaf kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi hak cipta intelek dan menyatakan kekesalannya kepada pembaca kerana menimbulkan masalah.

Bukan itu sahaja, pembaca juga menunjukkan persamaan antara reka bentuk watak dan naratif Evangelion, dengan memberi hujah bahawa dua watak utama dalam manhwa ini sangat menyerupai Shinji dan Kaworu. Mereka memperhatikan bahawa kedua-dua Min-seo dan Shinji mempunyai rambut gelap dan mata biru, dan mempunyai keperibadian pemalu serta tidak akrab dengan orang lain. Ini mungkin adalah kebetulan, tetapi dari segi pembentukan jalan cerita, ternyata mereka ada mengambil sedikit ilham.

Sebagai tindak balas kepada pembatalan siri ini, beberapa netizen Korea menulis:

“Saya tidak sabar untuk membacanya, tetapi rupanya ia sangat teruk.”

“Teruk dan memalukan. Memang tidak ada pendirian sebagai pelukis/penulis.”

“Apakah yang ada dalam fikiran mereka untuk menjiplak karya yang begitu terkenal?”

“Adakah jabatan editorial tidak menyedari sesuatu yang semua orang kenal?”

Apa pendapat anda? Adakah ini secara kebetulan, atau memang pencipta manhwa Korea Cat On a Hot Tin Roof memplagiat manga dan anime popular Jepun di atas? Jom kita bincangkan di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang manhwa, sila tekan pautan ini.

Sumber – ANN, Otakomu

Tags: Cat On a Hot Tin RoofJepunkoreamangamanhwa
Previous Post

“Game Boy” berharga lebih RM112k digunakan dalam kegiatan mencuri kereta

Next Post

Sanji ada kekuatan baru? Luffy ada Permintaan besar pada Yamato? Semua dalam pendedahan terbaru One Piece!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Sanji ada kekuatan baru? Luffy ada Permintaan besar pada Yamato? Semua dalam pendedahan terbaru One Piece!

Sanji ada kekuatan baru? Luffy ada Permintaan besar pada Yamato? Semua dalam pendedahan terbaru One Piece!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd