Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem live-action reboot Shin Kamen Rider mendedahkan visual pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 1, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Tokusatsu
0 0
0
Filem live-action reboot Shin Kamen Rider mendedahkan visual pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita akhirnya mendapat pandangan pertama untuk kostum dan motosikal baru bagi filem live-action reboot Shin Kamen Rider melalui dua treler yang dimuat naik ke akaun YouTube rasmi Toei. Pada masa yang sama, dua pelakon utama juga diumumkan di akaun Twitter rasmi. Sousuke Ikematsu, akan memegang peranan sebagai Takeshi Hongo versi reboot, lelaki pertama yang berjaya “henshin” kepada Kamen Rider manakala Minami Hamabe akan berlakon sebagai Ruriko Midorikawa, anak perempuan kepada saintis yang membantu Hongo melepaskan diri dari eksperimen keji yang mengubahnya menjadi cyborg. Filem baru ini akan diarahkan oleh pencipta Evangelion, Hideaki Anno, yang sebelum ini mengarahkan filem reboot Shin Godzilla pada 2016.

『 #シン・仮面ライダー 』出演者の発表です。
本郷猛/仮面ライダー #池松壮亮 さん
緑川ルリ子 #浜辺美波 さん

御期待ください。 pic.twitter.com/QweYprPSS7

— 『シン・仮面ライダー』【公式】 (@Shin_KR) September 30, 2021

Toei sebenarnya mengeluarkan dua treler berjudul “A” dan “B”: masing-masing menampilkan aksi yang sama tetapi mempunyai editing yang berbeza. Berikut adalah kedua-dua treler:

Treler Shin Kamen Rider “A” adalah remake hampir-tepat berdasarkan intro siri Kamen Rider ori pada 1971. Cuma, ia menampilkan kostum baru dan dua versi baru untuk motosikal istimewa Kamen Rider iaitu Cyclone. Sementara itu, treler “B” pula menggunakan sudut yang lebih dinamik, dan nampaknya mempunyai kesan bunyi yang berbeza untuk motosikal. Di penghujung treler tersebut, kita juga dapat melihat seorang penjahat. Malangnya, info tentang penjahat tersebut tidak dikongsikan sekali dan tampak seperti watak baru, bukan dari siri asal.

Dalam Shin Kamen Rider Takeshi Hongo adalah seorang pemuda bijak yang diculik oleh organisasi rahsia Shocker. Takeshi kemudian diubah menjadi cyborg yang kuat bernama Kamen Rider No. 1 dalam suatu eksperimen yang kejam. Seorang saintis, Dr. Midorikawa, membantu Takeshi melepaskan diri dari cengkaman Shocker sebelum mereka dapat mencuci otaknya untuk menjadi tentera super. Maka, mula lah kisah Shin Kamen Rider untuk membasmi bumi daripada ancaman musuh.

Filem live-action reboot Shin Kamen Rider akan membuat debut di Jepun pada bulan Mac 2023. Hideaki Anno juga sedang mengusahakan Shin Ultraman, yang dijangka akan keluar pada tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Sumber – YouTube, Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemkamen riderlive-actionrebootShin Kamen RiderTakeshi HongoToei
Previous Post

The Game Awards 2021 akan berlansung bulan December ini!

Next Post

Glitch kaw-kaw! Pemain eFootball Konami di Steam mengamuk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Glitch kaw-kaw! Pemain eFootball Konami di Steam mengamuk!

Glitch kaw-kaw! Pemain eFootball Konami di Steam mengamuk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd