Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 VR akan tersedia untuk Oculus Quest 2 pada bulan depan

Maira by Maira
September 28, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Genre, Shooter, VR
0 0
0
Resident Evil 4 VR akan tersedia untuk Oculus Quest 2 pada bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Oculus Studios oleh Facebook mula menyiarkan video baru untuk permainan Resident Evil 4 versi realiti maya untuk sistem headset Oculus Quest 2 dan video tersebut telah mendedahkan bahawa Resident Evil 4 VR akan dilancarkan pada 21 Oktober.

CAPCOM bekerjasama dengan Facebook dan pembangun Armature untuk versi baru permainan ini. Ia akan dimainkan dalam perspektif first-person yang baru, dengan pergerakan yang akan dikawal menggunakan analog stick. Pemain boleh menggerakkan bahagian atas badan mereka secara bebas dan boleh menggunakan Touch controller untuk mengambil barang dan berinteraksi dengannya.

Tentang permainan ini

Terokai dunia ikonik Resident Evil 4 dalam versi baru ini. Permainan ini sepenuhnya dibuat untuk realiti maya. Melangkah sebagai ejen khas, Leon S. Kennedy dalam misinya untuk menyelamatkan anak perempuan Presiden A.S. yang telah diculik oleh kumpulan kultus misteri. Cari jalan anda melalui sebuah desa luar bandar di Eropah, berhadapan dengan musuh yang mencabar, dan bongkar rahsia dan permainan yang telah merevolusikan keseluruhan genre seram survival. Pertempuran makhluk mengerikan yang dijangkiti oleh parasit Las Plagas dan hadapi musuh-musuh yang agresif termasuk penduduk kampung yang dikawal minda dan temui hubungan mereka dengan Los Illuminados, kultus disebalik kes penculikan tersebut.

Ciri utama

  • Interaksi realiti maya baru dan unik yang menempatkan anda dalam posisi Leon S. Kennedy, kini sepenuhnya dalam perspektif first-person.
  • Persekitaran realiti maya yang hebat untuk menarik anda ke dunia misteri Resident Evil 4.
  • Resolusi grafik tinggi yang menakjubkan dibina semula untuk realiti maya.

CAPCOM melancarkan permainan Resident Evil 4 untuk GameCube dan kemudian untuk PlayStation 2 pada tahun 2005. Sejak itu, syarikat ini telah memasukkan permainan tersebut ke PlayStation 4, PlayStation 3, Wii, Wii U, Xbox 360, Xbox One, iOS dan Android, dan PC. Ia juga telah dilancarkan di Switch pada Mei 2019. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai permainan ini melalui pautan ini.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Sumber: Gematsu, AnimeNewsNetwork

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomOculus Quest 2Resident Evil 4 VR
Previous Post

Hasbro menjejaki dunia gaming dengan pembukaan studio AAA mereka sendiri!

Next Post

Monster Hunter Stories 2 – Update 4 akan tiba di Switch & PC pada 30 Sep!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Monster Hunter Stories 2 – Update 4 akan tiba di Switch & PC pada 30 Sep!

Monster Hunter Stories 2 - Update 4 akan tiba di Switch & PC pada 30 Sep!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd