Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Larangan perlombongan kripto oleh China bantu menurunkan harga GPU Nvidia & AMD!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2021
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi
0 0
0
Larangan perlombongan kripto oleh China bantu menurunkan harga GPU Nvidia & AMD!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mendapatkan kad GPU AMD atau Nvidia memang lebih mudah sekarang berbanding awal tahun ini tetapi ramai yang setuju harganya masih “agak” tinggi. Stok sedia pun masih lagi terhad, di mana Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia percaya situasi ini akan bertahan sehinggalah tahun 2023. Namun, keadaan mungkin akan berubah berikutan larangan negara China ke atas aktiviti perlombongan kripto yang dijangka akan bantu menurunkan harga GPU Nvidia dan AMD.

China bans all crypto transactions

Menurut laporan, kerajaan China bersama dengan Bank Rakyat China telah melarang perlombongan dan pertukaran kripto, yang menjadi suspek utama untuk isu kekurangan GPU. Ini kerana beberapa syarikat kripto besar telah membeli jumlah kad grafik yang banyak secara sekaligus, sehingga tidak ada apa-apa stok untuk pelanggan lain. Dengan larangan baru ini, perkakasan GPU yang telah digunakan oleh “para miner” mungkin akan dijual balik, dan secara langsung dapat menurunkan harga keseluruhan. Negara China pada awalnya mengenakan larangan dometif pada pertukaran kripto, tetapi undang-undang baru merupakan larangan total.

Seperti yang saya sebutkan di atas, ada kemungkinan bahawa “miner” akan menjual stok GPU mereka semula ke pasaran. Apabila lebih banyak stok tersedia, secara semula jadi, harga pun akan turun. Sekiranya kedua-dua perkara ini berlaku, lebih ramai orang akan dapat menggunakan kad Nvidia dan AMD untuk PC gaming mereka memandangkan ramai yang terpaksa menghabiskan majoriti tahun ini dengan GPU lama walaupun mempunyai duit untuk membeli komponen baru.

Jika kebetulan anda memang ingin beli kad GPU terpakai, saya minta supaya kamu berhati-hati dengan keadaan produk dan periksa keadaan dahulu. Ramai yang tergopoh-gopoh kerana akhirnya mendapat sesuatu yang sudah lama diidamkan sehingga lupa melihat isi kandungan. Apa-apa hal pun, stay cool!

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

GPU Mining farms are causing power outages in Iran - VideoCardz.com

Walaupun ini berita baik, janganlah anda letak harapan yang terlalu tinggi. Ini semua masih teori, dan mungkin “miner” pun tidak akan menjual kad GPU kerana bersusah payah untuk mendapatkannya. Saya tidak pasti jika keadaan akan bertambah buruk atau bertambah baik pada masa depan, tetapi lebih baik kita fikir positif daripada stress tanpa sebab.

Untuk segala liputan kami tentang GPU, sila tekan pautan ini.

Sumber – PC GamesN

Tags: amdchinaGPUmata wang kriptonvidia
Previous Post

Kimetsu no Yaiba: Entertainment District Arc akan bermula Disember ini!

Next Post

Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!

Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd