Sebagai sebahagian daripada acara Nintendo Direct hari ini, Star Wars: Knights of the Old Republic versi Remastered sah akan keluar di platform Nintendo Switch. Port ini berbeza dengan versi “remake” yang sedang diusahakan oleh Aspyr Media untuk PlayStation 5 dan PC pada masa akan datang. Untuk game itu, korang boleh baca di sini. Kembali pada topik asal, Aspyr Media akan melancarkan Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered untuk Switch melalui Nintendo eShop pada 11 November. Bagi mereka yang berminat, pra-pesanan tersedia sekarang.

Berikut adalah gambaran keseluruhan:
4000 tahun sebelum Galactic Empire, beratus-ratus Jedi Knight telah tumbang dalam peperangan melawan para Sith yang kejam, dan anda adalah harapan terakhir dari Jedi Order. Bolehkah anda menguasai “the Force” dan menyelamatkan Republic? Atau adakah anda akan jatuh ke “Dark Side”? Wira atau penjahat, penyelamat atau penakluk … anda sendiri akan menentukan nasib seluruh galaksi!

Ciri-ciri utama
- Mengembara melalui dunia klasik Star Wars pada era sebelum kebangkitan Empire, yang dipenuhi dengan watak, makhluk, kenderaan dan planet yang unik.
- Alami RPG mendalam dengan watak yang boleh diubah suai dan pilihan yang mempengaruhi pengalaman, cerita dan pasukan anda.
- Memanfaatkan kekuatan “the Force” dengan lebih daripada 40 abiliti berbeza dan gunakan lightsaber sendiri.
- Teroka lapan dunia Star Wars yang besar dan ikonik, termasuk Tatooine dan Kashyyyk, dan di kapal angkasa anda sendiri, Ebon Hawk.
- Pilih parti sendiri dan bina ikatan kekal dengan sembilan ahli kru yang unik, termasuk Twi’leks, Droid dan Wookiee.

Buat masa ini, Aspyr hanya mendedahkan bahawa Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered akan datang ke Switch, tanpa menyebut tentang platform lain. Tetapi jangan risau. Ada kemungkinan besar game ini juga dapat keluar di konsol PlayStation dan Xbox. Kita hanya mampu tunggu dan lihat saja buat masa ini.
Untuk segala liputan kami tentang Star Wars termasuk anime terkini mereka, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post