Selama bertahun-tahun, ramai peminat meminta supaya Star Wars dijadikan kepada sebuah anime. Walaupun francais popular ini mempunyai genre dan elemen estetika yang saya rasa amat sesuai kepada medium keseluruhan, kita tidak pernah mendapat satu anime rasmi berdasarkan Star Wars sehinggalah tahun ini. Akhirnya, Disney+ telah membuka pintu untuk Star Wars: Visions, sebuah anime ber-episod untuk pelanggan semasa di Malaysia!
Sekiranya mempunyai langganan Disney+, anda boleh menonton Star Wars: Visions bermula sekarang di mana siri antologi ini dibahagikan kepada sembilan filem pendek. Setiap episod mempunyai durasi sekitar 25 minit, dan menyatukan sejumlah studio terhebat Jepun untuk menghasilkan versi Star Wars mereka yang tersendiri dan unik. Antara yang terlibat ialah studio TRIGGER, Studio Colorado, Science SARU.
Saya baru sahaja habis menonton episod pertama, dan dengan yakin, mampu kata bahawa Star Wars: Visions adalah suatu karya yang boleh dinikmati oleh kedua-kedua peminat sci-fi dan peminat anime. Jika sebelum ini korang tidak yakin, saya sendiri mengesyorkan anda semua untuk menonton animasi ini bila ada peluang! Untuk memudahkan anda semua faham, berikut adalah sinopsis rasmi menurut Disney+:
“Tujuh studio anime Jepun membawa bakat dan perspektif unik mereka ke Star Wars: Visions – sebuah koleksi filem pendek animasi yang ditayangkan secara eksklusif di Disney+. Studio anime tersebut adalah Kamikaze Douga, Geno Studio (Twin Engine), Studio Colorido (Twin Engine), TRIGGER, Kinema Citrus, Science Saru, dan IG Production.
Setiap studio akan menggunakan gaya animasi dan gaya penceritaan masing-masing untuk merealisasikan visi mereka bagi galaksi tersebut. Sebagai usaha formal pertama ke genre anime, setiap filem pendek Star Wars: Visions memiliki sifat Jepun yang unik, yang di mana kebanyakannya sesuai dengan nada dan semangat penceritaan Star Wars.
Sejak awal, kisah yang diceritakan di galaksi Star Wars telah memetik mitologi Jepun dan filem Akira Kurosawa sebagai antara pengaruh mereka, dan visi baru ini akan meneroka lagi warisan budaya itu melalui gaya dan perspektif animasi yang unik dari setiap studio anime.”
Sumber – Disney+
@gamersantaimy
Discussion about this post