Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Fairy Tail: 100 Years Quest sah akan mendapat adaptasi anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sekuel Fairy Tail: 100 Years Quest sah akan mendapat adaptasi anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekuel Fairy Tail: 100 Years Quest sah akan mendapat adaptasi anime! Dikarang oleh Hiro Mashima dan dilukis oleh Atsuo Ueda, Fairy Tail: 100 Years Quest adalah sekuel manga kepada siri Fairy Tail yang asalnya dicipta oleh Mashima. Anime 100 Years Quest baru-baru ini diumumkan semasa acara “Hiro Mashima Fan Meeting @ Mixalive Tokyo” yang disiarkan secara langsung. Ueda meraikan berita tersebut dengan memuat naik ilustrasi istimewa di halaman Twitter rasminya, yang memaparkan semua watak dari anime akan datang.

生放送でもありました通り、
『FAIRY TAIL 100年クエスト』アニメ化決定しました!!!!!#100年クエスト #FAIRYTAIL pic.twitter.com/p5t4jAm9ta

— 上田敦夫 (@atsuwo521) September 11, 2021

Selain itu, maklumat lanjut seperti senarai pelakon suara, jumlah episod atau tarikh pelepasan rasmi tidak dikongsikan di acara tersebut. Peminat yang teruja hanya boleh menunggu buat masa ini.

Francais Fairy Tail mempunyai sebanyak tiga musim anime dan dua filem rasmi. Manga ori telah berakhir pada tahun 2017, manakala anime berakhir pada tahun 2019. Pada tahun 2018, manga sekuel Fairy Tail: 100 Years Quest telah diterbitkan oleh Kodansha Comics di aplikasi Magazine Pocket. Kali ini, Mashima menyediakan storyboard baru untuk manga di mana Ueda bertanggungjawab untuk melukis.

RelatedPosts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk sekuel anime Fairy Tail: 100 Years Quest:

Setahun selepas guild Fairy Tail berjaya menewaskan Acnologia dan Zeref, Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Gray Fullbuster, Erza Scarlet, dan Wendy Marvell, bersama dengan Happy dan Charlés mengembara ke benua Guiltina, di mana mereka menerima misi “100 Years Quest” untuk mengalahkan lima Dragon God – sekumpulan individu dengan kekuatan yang begitu luas sehingga boleh menghancurkan satu dunia. Sementara itu, seorang ahli baru bernama Touka direkrut untuk Fairy Tail. Walaupun nampak sangat baik, nampaknya ada udang di sebalik batu.

Bertekad untuk menyelesaikan misi ini, Natsu dan rakan-rakan memulakan pencarian untuk Dragon God. Namun, setelah bertemu guild Diabolos, dan Touka menunjukkan identiti sebenar, Natsu dan rakan-rakan mendapati bahawa misi “100 Years Quest” bukanlah satu-satunya cabaran yang perlu mereka hadapi.

Untuk segala liputan kami tentang Fairy Tail, sila tekan pautan ini.

Sumber –  YouTube, Twitter

Tags: animeFairy TailFairy Tail: 100 Years QuestHiro Mashimamanga
Previous Post

Tyr di God of War: Ragnarök walaupun tinggi tapi masih rendah sedikit dari Lady Dimitrescu!

Next Post

One Piece: Berapa banyak masa yang diperlukan untuk menonton seluruh anime?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
One Piece: Berapa banyak masa yang diperlukan untuk menonton seluruh anime?

One Piece: Berapa banyak masa yang diperlukan untuk menonton seluruh anime?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd