Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Black Jack: The Movie percuma untuk ditonton di Youtube Muse Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Anime Black Jack: The Movie percuma untuk ditonton di Youtube Muse Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk semua peminat anime di Malaysia, anda kini boleh menonton filem anime penuh Black Jack: The Movie (1996) di halaman Youtube rasmi MUSE Malaysia! Boleh ditonton bermula Hari Merdeka, 31 Ogos 2021, filem ini adalah berdasarkan siri manga Jepun sama yang ditulis dan dilukis oleh Osamu Tezuka pada tahun 1970-an.

Untuk kawan-kawan yang tidak tahu, Black Jack merupakan manga kedua paling terkenal oleh Tezuka, selepas Astro Boy dan pada tahun 1977, berjaya memenangi Anugerah Kodansha Manga pertama untuk kategori shōnen. Selepas menerima sambutan yang tinggi, adaptasi filem anime bertajuk Black Jack: The Movie telah dihasilkan oleh Osamu Dezaki. Filem ini kemudian memenangi anugerah Filem Animasi Terbaik di Mainichi Film Awards pada tahun 1996. Sejak itu, ia menjadi manga terlaris oleh Tezuka dengan lebih dari 176 juta salinan dalam edaran serta menjadikannya siri manga ke-6 paling terlaris dalam sejarah.

Black Jack - Rotten Tomatoes

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem menurut Muse Malaysia:

RelatedPosts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

Joe Carol Brane cuba mengupah Doktor Black Jack untuk mencari penawar bagi kelahiran kemampuan manusia luar biasa di mana ia dikeluarkan oleh syarikatnya yang menjadikan ia mencapai tahap ‘kerosakan’ tinggi hingga menyebabkan mati.

Ubat-ubatan itu sememangnya memberikan kesan lebih baik bagi meningkatkan kemampuan kita dalam kelajuan, pemikiran, dan lain-lain lagi, namun ia membawa kesan buruk sebaik mereka dapat tahu perkara sebenar. Mampukah Doktor Black Jack membantu Carol bagi mencari penawar kesan ubatan ini.

MUSE Malaysia pula ialah syarikat penyiar anime rasmi di mana peminat boleh menonton anime terkini dengan penambahan sari kata melayu dan merupakan salah satu cara untuk menonton anime secara percuma. Untuk menonton, mudah saja! Anda hanya perlu pergi ke halaman rasmi Youtube mereka. Selain Black Jack: The Movie, anda juga boleh menonton JoJo’s Bizarre Adventure Season 1 hingga Season 4, Kemono Jihen, TALENTLESS NANA, Tokyo Revengers dan lain-lain yang tersedia pada resolusi 720p di Youtube. Memang banyak pilihan untuk peminat anime di Malaysia! Jangan lupa subscribe ya untuk tunjuk sokongan anda!

Tags: Black Jack: The MovieMalaysiaMuse Malaysiayoutube
Previous Post

DEMON GAZE EXTRA dilancarkan secara Global, Akan datang 9 Disember di PS4 dan Switch!

Next Post

Super Animal Royale – PUBG berkonsepkan haiwan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Super Animal Royale – PUBG berkonsepkan haiwan!

Super Animal Royale - PUBG berkonsepkan haiwan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd