Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WWE 2K22 ditunda ke 2022, keluarkan teaser gameplay baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2021
in Artikel, Berita, Sukan/lumba
0 0
0
WWE 2K22 ditunda ke 2022, keluarkan teaser gameplay baru!
Share on FacebookShare on Twitter

WWE 2K22 pertama kali diumumkan di WrestleMania 37, di mana 2K Sports menunjukkan beberapa gameplay pendek antara Cesaro dan Rey Mysterio. SummerSlam pula adalah acara kedua terbesar di WWE, jadi 2K Sports mengambil kesempatan untuk menunjukkan satu lagi gameplay baru bersama berita tentang tarikh pelancaran baru. Sesiapa yang berharap dapat bermain WWE 2K22 pada tahun ini mungkin akan kecewa, kerana tarikh pelepasan permainan telah ditunda ke 2022.

WWE 2K22 Coming March 2022! 👊💥 - YouTube

2K mengesahkan bahawa WWE 2K22 kini akan keluar pada bulan Mac 2022. Ini meletakkan tarikh pelepasan WWE 2K22 hampir dekat dengan acara WrestleMania 38, yang saya rasa agak masuk akal, disebabkan minat terhadap WWE pada masa itu biasanya adalah paling tinggi. Ini juga bermaksud WWE 2K tidak akan keluar selama dua tahun termasuk 2020 dan 2021.

Selain itu, teaser baru telah mempamerkan ahli gusti yang bakal menyertai senarai watak WWE 2K22. Ini termasuk Bayley, Bobby Lashley, Drew McIntyre, Finn Balor, Kane, Kofi Kingston, Rhea Ripley, Ricochet, Roman Reigns, Sheamus, Shelton Benjamin, Shinsuke Nakamura, dan The Miz. Sekali lagi, kita hanya dapat pandangan yang ringkas tentang permainan, tetapi harus diperhatikan bahawa visual WWE 2K22 agak mengagumkan. Anda boleh lihat dari video di bawah:

RelatedPosts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

Untuk kawan-kawan yang ingin maklumat lanjut tentang WWE 2K22, 2K tidak akan membuat apa-apa pendedahan besar pada tahun ini. Pengumuman seterusnya akan datang datang pada bulan Januari 2022, beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi WWE 2K22. Ini termasuk ciri-ciri permainan, mod di dalam permainan, siapakah atlet untuk muka depan permainan, dan banyak lagi. Khabar angin di internet sudah membincangkan tentang WWE 2K22, tetapi tiada apa yang rasmi buat masa ini.

New WWE 2K22 trailer shown during Summerslam, game set to launch in 2022 |  Gamepur

Pada beberapa hari lepas, 2K Sports mendedahkan screenshot yang menampilkan Edge. Salah satu khabar angin mengatakan dia akan menjadi atlet untuk muka depan permainan baru. Walau apapun, nampaknya peminat perlu menunggu sehingga Januari 2022 untuk mengetahui maklumat seterusnya.

Buat masa ini, WWE 2K22 akan dilancarkan pada bulan Mac 2022.

Sumber – 2K Sports

Tags: 2k sportsGustiWWEWWE 2K22
Previous Post

Demon juga akan dapat dimainkan dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles!

Next Post

Sah! Anime Attack on Titan Season 4 Part 2 akan ditayangkan Januari tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sah! Anime Attack on Titan Season 4 Part 2 akan ditayangkan Januari tahun depan!

Sah! Anime Attack on Titan Season 4 Part 2 akan ditayangkan Januari tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd