Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review The Great Ace Attorney Chronicles: Drama visual epik dalam mahkamah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2021 - Updated on August 18, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Game Baru, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam
0 0
0
Review The Great Ace Attorney Chronicles: Drama visual epik dalam mahkamah!
0
SHARES
318
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai peminat Ace Attorney telah lama menunggu terjemahan bahasa Inggeris rasmi untuk siri The Great Ace Attorney (Adventures and Resolve), yang sebelum ini hanya tersedia di Jepun sahaja. Kini boleh didapati untuk peminat antarabangsa melalui koleksi The Great Ace Attorney Chronicles, ia merupakan entri dengan naratif paling menarik dan bervariasi sepanjang sejarah francais. Dipenuhi dengan watak-watak unik sambil meneroka isu berkaitan perbezaan budaya dan keadilan, ini adalah salah satu novel visual paling seronok pernah saya cuba. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami review saya untuk The Great Ace Attorney Chronicles!

Latar belakang dan naratif

Berlangsung di Jepun dan Britain pada abad ke-19 (era Meiji), The Great Ace Attorney Chronicles mengisahkan seorang peguam bela bernama Ryunosuke Naruhodo yang merupakan nenek moyang kepada protagonis dari siri utama, Phoenix Wright. Ryunosuke dibantu oleh Susato Mikotoba, dan harus mempertahankan kliennya di mahkamah serta membongkarkan suatu konspirasi jahat pada masa yang sama.

Selain duo ini, kita diperkenalkan kepada Herlock Sholmes yang merupakan parodi kepada penyiasat fiksyen terkenal, Sherlock Holmes. Itu sahaja yang saya boleh jelaskan tentang plot cerita kerana selebihnya hanya akan dianggap sebagai “spoiler”. Untuk mereka yang nak tahu lagi apa yang terjadi, anda boleh mencuba permainan ini.

Perkara pertama yang saya ingin puji tentang The Great Ace Attorney Chronicles adalah penulisan dan penterjemahannya yang luar biasa. Ini adalah entri paling bagus dalam siri Ace Attorney dari segi watak/perwatakan dan perbezaan budaya. Permainan lama dalam siri mengalami masalah budaya yang tidak konsisten, di mana mereka mencampur aduk budaya Amerika dan Jepun walaupun wataknya jelas sekali adalah orang Asia.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Nasib baik lah, isu ini tidak ada dalam The Great Ace Attorney Chronicles, di mana watak-watak Jepun digambarkan dalam cara yang sepatutnya, manakala perbezaan budaya berfungsi sebagai elemen penting dalam naratif keseluruhan. Dahulu, kita boleh melihat banyak terjemahan “kekok” yang tidak menjelaskan maksud sebenar di sebalik lawak atau ayat mereka, lantas membuatkan ramai pemain keliru. Kini, kebanyakannya mudah difahami dan membuatkan permainan lebih seronok, supaya “kita sebagai pemain” akan terus tertarik untuk meneruskan jalan cerita.

Selain naratif yang hebat, The Great Ace Attorney Chronicles menyentuh tentang satu tema yang saya rasa “agak” relevan pada zaman ini. Topik berkenaan adalah tentang sifat rasisme dan prejudis pada orang Asia. Majoriti watak “omputih” akan menghina Ryunosuke dan Susato, lalu membuat andaian negatif mengenai budaya Asia serta tidak begitu mempercayai protagonis kita. Memandangkan hero kita bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan, sudah tentu saya akan menyokong Ryunosuke 100% kerana saya pun orang Asia. Permainan ini juga bijak merancang plot tentang masalah politik dan implikasinya semasa mencari keadilan. Kita sebagai pemain boleh melihat dengan mata sendiri “apa sebenarnya maksud keadilan dalam sistem perundangan yang dibina oleh korupsi.”

Gameplay asas dan mekanik

Setiap kes akan dibahagikan kepada beberapa episod di mana kita menyiasat testimoni setiap saksi dan memberi hujah dengan memilih jawapan yang sesuai dari bukti sedia ada. Dari luar, formula Ace Attorney nampak membosankan kerana tahap interaktiviti amat terhad. Di situ, ramai yang salah. Otak saya sebenarnya terpaksa kerja keras semasa menganalisis petunjuk dan mengemukakan bukti di mahkamah atau di lokasi untuk memajukan jalan cerita.

Dalam caranya sendiri, ini menjadi fokus utama untuk pemain menikmati permainan. Setiap jenayah dan penyiasatan secara beransur-ansur menjadi semakin susah, lalu menunjukkan banyak misteri pelik dan dramatik untuk selesai. Satu perkara lagi yang saya harus beritahu adalah proses undang-undang dalam permainan tidak realistik kerana kebanyakan protokol mahkamah diabaikan. Bagi mereka yang ingin drama mahkamah yang realistik, permainan ini tidak sesuai untuk anda.

Seterusnya, saya ingin menjelaskan tentang isu berulang dalam siri iaitu “memberi jawapan mengikut logik.” Ketika ditanya dalam mahkamah atau semasa menyiasat, biasanya, hanya akan ada satu jawaban yang betul kerana permainan mempunyai struktur cerita yang linear. Kadang-kala, kita tahu bukti apa yang harus diberikan, atau jawapan apa yang sesuai untuk meneruskan penyiasatan. Namun, masih ada beberapa adegan di mana masalah atau testimoni yang diberi terlalu abstrak. Isu ini juga berkait dengan bukti. Bagi saya, situasi-situasi seperti ini memang boleh bikin “frust” sedangkan kita pun tidak tahu apa permainan inginkan.

Di samping itu, The Great Ace Attorney Chronicles memperkenalkan beberapa mekanik baru. Pertama sekali adalah “Summation Examination”, di mana anda cuba menyakinkan juri (yang terdiri daripada enam orang) bahawa klien kita tidak bersalah. Kedua adalah Dance of Deduction yang ditunjukkan oleh Herlock Sholmes. Ia merupakan bahagian interaktif yang memerlukan kita untuk menyiasat suatu persekitaran 3D bagi memperoleh petunjuk atau bukti lain-lain. Kedua-dua mekanik ini efektif dengan mengubah formula asas Ace Attorney, tetapi jika diperhatikan dengan betul, ia sebenarnya adalah bentuk yang sama dan cuma diberi beberapa penambahan.

Akhir sekali, saya ingin jelaskan tentang mod “auto-play”. Bagi mereka yang tidak tahu apa nak buat (seperti saya yang kurang bijak), The Great Ace Attorney Chronicles menawarkan mod “auto-play” yang dapat diaktifkan sesuka hati. Seperti nama, ia akan menyelesaikan setiap misteri secara automatik. Kita tidak perlu buat apa langsung. Hanya tonton paparan skrin sahaja. Malangnya, ini bukanlah cara yang memuaskan hati untuk bermain, lagi-lagi jika anda seorang gamer yang ingin menyelesaikan masalah sendiri.

Pendapat

Sebelum terlupa, saya ingin jelaskan lagi tentang visual The Great Ace Attorney Chronicles dalam review ini di mana visual merupakan salah satu elemen penting kepada daya tarikan permainan. Dengan mengekalkan gaya visual asli pada Nintendo 3DS, watak-watak telah dihasilkan dalam reka bentuk 3D tetapi mempunyai latar belakang 2D yang dilukis dengan cantik. Bersama animasi lancar yang untuk setiap adegan, ia menonjolkan lagi keperibadian unik setiap watak. Siri Ace Attorney juga terkenal dengan soundtrack yang bagus, di mana The Great Ace Attorney Chronicles menawarkan muzik orkestra yang bantu menggambarkan suasana naratif.

Saya hanya mampu mengadu tentang gameplay asas dalam permainan tetapi kekurangan ini ditutup oleh naratif berkualiti The Great Ace Attorney Chronicles yang mempunyai rentak dan susunan cerita padu, dalam bentuk yang kita mudah faham. Dengan senarai watak kreatif dan unik, misteri mendebarkan untuk kita bongkar, dan naratif yang menarik, The Great Ace Attorney Chronicles adalah salah satu entri paling bagus dalam siri Ace Attorney dan merupakan satu permainan novel visual yang semua gamer patut cuba.

Itu sahaja review saya untuk The Great Ace Attorney Chronicles! Permainan ini boleh didapati di PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC. Untuk membaca review kami yang lain termasuk Apex Legends Mobile, Tales of Arise dan lain-lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Great Ace Attorney Chronicles

8 Score

PROS

  • Watak dan naratif yang mantap
  • Boleh dimainkan secara rasmi dalam Bahasa Inggeris

CONS

  • Tidak memperkenalkan formula baru kepada gameplay

Review Breakdown

  • Saya hanya mampu mengadu tentang gameplay asas dalam permainan tetapi kekurangan ini ditutup oleh naratif berkualiti The Great Ace Attorney Chronicles yang mempunyai rentak dan susunan cerita padu, dalam bentuk yang kita mudah faham. 0
Tags: Ace AttorneyPCPS4reviewswitchThe Great Ace Attorney Chroniclesulasanvisual novel
Previous Post

Meguru Yamaguchi dan James Jarvis Menyumbang kepada Pelancaran Pokémon Meets Artists UT

Next Post

REVIEW: Razer Blade 14 kecil tetapi berkuasa Ultimate dengan AMD Ryzen 9 dan RTX 3080!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
REVIEW: Razer Blade 14 kecil tetapi berkuasa Ultimate dengan AMD Ryzen 9 dan RTX 3080!

REVIEW: Razer Blade 14 kecil tetapi berkuasa Ultimate dengan AMD Ryzen 9 dan RTX 3080!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd