Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Life is Strange: True Colors versi Nintendo Switch ditunda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Nintendo Switch
0 0
0
Life is Strange: True Colors versi Nintendo Switch ditunda!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi game Life is Strange ditunda, dan kali ini ia berlaku kepada entri terbaru, Life is Strange: True Colors. Asalnya, ia mempunyai tarikh pelepasan pada 10 September 2021 untuk semua versi platform. Walau bagaimanapun, Deck Nine Games dan Square Enix mengumumkan bahawa Life is Strange: True Colors tidak akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tarikh tersebut dan akan ditunda. Malangnya, mereka tidak menawarkan tarikh pelepasan baru. Berikut adalah pengumuman rasmi mengenai Life is Strange: True Colors. Mereka hanya memberitahu bahawa permainan tetap akan keluar pada tahun 2021 dan juga tidak memberikan alasan mengapa permainan ini ditunda untuk versi Switch.

Additionally, Life is Strange: True Colors for Nintendo Switch is running a little late.

We won’t be quite ready to release on September 10 – but we still plan to release this year.

Please watch our channels for a confirmed date over the coming weeks!

— Life is Strange (@LifeIsStrange) August 12, 2021

Berikut adalah sinopsis permainan:

Alex Chen adalah seorang wanita muda Asia-Amerika yang dibesarkan dalam keluarga angkat tetapi mengalami zaman kanak-knanak yang bermasalah. Alex bertemu semula dengan abangnya, Gabe, lapan tahun kemudian selepas dia mendorong Alex untuk pulang. Malangnya, Gabe terbunuh dalam sebuah kemalangan misteri, dan Alex harus menyiasat kebenaran di sebalik kemalangan itu dengan menggunakan kekuatan Empati. Sepanjang perjalanan, Alex akan bertemu dengan sejumlah penduduk Haven Springs, termasuk dua bakal kekasih iaitu, Ryan dan Steph, yang muncul di Life Is Strange: Before the Storm.

Selain Life is Strange: True Colors versi Nintendo Switch, ini bukanlah satu-satunya permainan Life is Strange untuk ditunda pada bulan ini. Permainan pertama adalah Life is Strange Remastered Collection. Sepatutnya keluar pada “Fall 2021”, ia akan keluar pada tahun 2022. Antara sebab yang diberi adalah pandemik COVID-19 dan keinginan mereka untuk “mengurangkan tekanan tambahan” bagi pemaju permainan.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

An update from the Life is Strange team pic.twitter.com/0nty0TFMYJ

— Life is Strange (@LifeIsStrange) August 11, 2021

Life is Strange Remastered Collection adalah kompilasi dari permainan Life is Strange pertama dan prequel Life is Strange: Before the Storm. Walaupun koleksi ini dijangka akan keluar beberapa minggu setelah pelancaran True Colors, penundaan ini bermaksud peminat tidak dapat mencuba dua permainan pertama dalam bentuk Remastered sebelum bermain True Colors. Bagi mereka yang ingin mengalami semula Life is Strange, malangnya anda perlu mencuba sekuel terbaru dahulu.

Life is Strange: True Colors akan dilancarkan pada PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X / S pada 10 September 2021. Versi Nintendo Switch akan dilancarkan pada tarikh kemudian untuk tahun 2021.

Sumber – Twitter@LifeisStrange

Tags: delayedditundaLife Is StrangeLife is Strange Remastered CollectionLife is Strange: True Colorsnintendo switch
Previous Post

Beta Terbuka Back 4 Blood telah tiba pada semua untuk menyertai pemain akses awal!

Next Post

Aksi Langsung Avatar: The Last Airbender oleh Netflix mendedahkan pelakon utamanya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Aksi Langsung Avatar: The Last Airbender oleh Netflix mendedahkan pelakon utamanya!

Aksi Langsung Avatar: The Last Airbender oleh Netflix mendedahkan pelakon utamanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd