Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trials of Mana Mobile kini boleh dimuat turun di iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2021
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile
0 0
0
Trials of Mana Mobile kini boleh dimuat turun di iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix hari ini mengumumkan bahawa remake 3D popular untuk permainan aksi RPG klasik Trials of Mana versi mobile kini tersedia pada peranti iOS dan Android pada nilai harga RM90.99! Trials of Mana versi mobile menawarkan beberapa ciri unik, termasuk kawalan “touch” yang diperbaharui, tetapan grafik yang dapat diubah suai dan fitur cloud save. Pemain juga dapat menerima dua peralatan awal yang berguna untuk membantu memulakan pengembaraan mereka iaitu:

  • Rabite Adornment yang meningkatkan jumlah “experience” dalam pertarungan hingga level 17 dan..
  • Silktail Adornment, yang meningkatkan jumlah “lucre” (mata wang dalam permainan) dalam pertarungan hingga ke level 17.

Mula-mula dilancarkan di Jepun sebagai Seiken Densetsu 3 pada tahun 1995, Trials of Mana adalah remake definisi tinggi berdasarkan entri ketiga dalam siri klasik Mana, yang dipenuhi dengan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan, gameplay yang menarik, dan senarai watak-watak yang unik. Bagi mereka yang tidak tahu, permainan ini membolehkan pemain memilih dari senarai watak yang disediakan dengan kelas yang dapat kita upgrade serta lebih dari 300 abiliti berbeza untuk belajar ketika menjelajah sebuah dunia rahsia penuh misteri.

Sistem pertempuran yang berunsur aksi dinamik akan menguji pemain ketika mereka cuba mengelak dari musuh dan melancarkan serangan dan kombo di udara. Asalnya dilancarkan pada tahun lepas, permainan ini dipuji oleh peminat dan pengkritik ketika keluar di platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Steam kerana gameplay yang mudah diakses, persekitaran JRPG tradisional dan visual fantasi yang indah.

Siri Mana, yang dikenali sebagai Seiken Densetsu di Jepun, adalah siri aksi-RPG lama yang merangkumi pelbagai judul selama hampir tiga dekad. Siri ini terkenal dengan watak, jalan cerita dan muzik yang mempesona, serta mempelopori pendekatan berorientasi aksi untuk pertempuran tradisional JRPG.

Untuk segala liputan kami tentang Trials of Mana, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Trials of Mana
Android, iOS, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4
Trials of Mana adalah action RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia sebenarnya adalah REMAKE kepada Seiken Densetsu III yang awalnya dilancarkan di Jepun pada tahun 1995 dan tidak pernah tersedia di pasaran global.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSMobileRemakeTrials of Mana
Previous Post

Janggut siapa paling menggoda dalam FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE?? Eh?!

Next Post

PMNC Grand Final bersedia untuk berlepas ke PMPL MY/SG Musim 4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
PMNC Grand Final bersedia untuk berlepas ke PMPL MY/SG Musim 4!

PMNC Grand Final bersedia untuk berlepas ke PMPL MY/SG Musim 4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd