Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony minta warga PSN untuk guna 2-Step Verification kerana isu godam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Sony minta warga PSN untuk guna 2-Step Verification kerana isu godam!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony kini menggesa pengguna yang mempunyai perkhidmatan PlayStation Network (PSN) untuk menggunakan 2-step verification setelah mereka menerima laporan mengenai penggodaman akaun. Beberapa pengguna telah bertanya melalui akaun Twitter rasmi Japanese PlayStation Support tentang isu ini. Oleh kerana jumlah pertanyaan terlalu tinggi, Sony kini meminta pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi akaun mereka.

【PSN™のアカウント乗っ取りにご注意】
最近、PSN™のアカウントを乗っ取られてしまったお客様からのお問い合わせを多く頂いております。対策として、2段階認証の設定をおすすめします。設定方法はこちら⇒https://t.co/yfZ80u7G69 pic.twitter.com/rWSscMtElV

— Ask PlayStation JP (@AskPS_JP) July 14, 2021

Walaupun masalah ini berkait dengan akaun PSN, kita tidak menerima maklumat bahawa akaun rasmi Sony digodam bagi tujuan mendapat maklumat peribadi dari syarikat. Sebelum ini, Sony telah mengeluarkan video tutorial yang menunjukkan cara-cara untuk menggunakan 2-step verification bagi mengelakkan kejadian akaun digodam dan keselamatan yang lebih stabil pada akaun PSN. Video ini menguraikan langkah demi langkah di mana anda boleh menonton di bawah:

Pada bulan Julai 2021 lalu, Sony juga meminta pengguna untuk memeriksa shopping cart ketika membuat pembelian untuk PlayStation Plus. Ini kerana ramai pengguna telah membeli PlayStation Now dan bukannya PlayStation Plus. Kedua-dua perkhidmatan berasaskan langganan tetapi memberikan perkhidmatan yang sangat berbeza kepada pengguna.

PlayStation Now memberi akses kepada pelbagai judul dari pelbagai platform Sony seperti PS2, PS3, dan PS4. Selain itu, sejumlah permainan baru akan ditambahkan secara berkala untuk servis ini. Perkhidmatan PlayStation Plus pula membolehkan pengguna mengakses ciri dalam talian untuk permainan. Pada masa yang sama, sebanyak tiga permainan akan disediakan secara percuma pada setiap bulan untuk pengguna tebus. Walaupun kedua-dua perkhidmatan ini kedengaran seperti sama, ia menawarkan ciri-ciri dan fungsi berbeza.

*Harap maklum, Malaysia tiada perkhidmatan PS Now tetapi pengguna boleh buat akaun baru di luar Malaysia & VPN untuk mengakses perkhidmatan ini.*

Untuk segala liputan kami tentang Sony, sila tekan pautan ini.

Sumber – Game Watch
Tags: 2-Step VerificationPS Nowps plusPS4ps5PSNSony
Previous Post

Jimat kaw-kaw! Dapatkan BioShock: The Collection pada harga RM24 di Steam sekarang!

Next Post

NBA 2K22 menampilkan Candance Parker sebagai cover WNBA dalam Edisi Eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
NBA 2K22 menampilkan Candance Parker sebagai cover WNBA dalam Edisi Eksklusif!

NBA 2K22 menampilkan Candance Parker sebagai cover WNBA dalam Edisi Eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd