Menurut Serebii, kita berkemungkinan melihat usaha bersama Pokémon dan Tamagotchi yang pada masa ni mungkin sedang dijalankan.
Menurut sumber ni, kita leh nampak alat biasa yang kita tengok Tamagotchi dulu; atau zaman aku dia panggil Cyber Pet. Adoi terasa macam kat sekolah plak, siap kena rampas dengan warden dulu-dulu sampai mati pet aku. Anyways, alat ni ataupun dipanggil Tamagotchi Nano, kelihatan seekor Eevee didalamnya. Kau boleh bela Eevee sampai dia evolve ke evolusi dia yang seterusnya.
Dikatakan alat-alat Pokémon x Tamagotchi disediakan untuk game Pokémon: Let’s Go, tetapi setakat ni tak tau la ada versi Pikachu ke tidak. Ikut sebelum ni The Pokémon Company penah keluarkan Pocket Pikachu..dah-dah, tahan je lagu tema Pokémon tu dalam kepala, takyah nyanyi kuat-kuat.
Akhir kata, take this with a pinch of salt. Takde apa-apa yang firm lagi. Tapi Let’s Go Pikachu/Eevee bakal muncul 16 November ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post