Akhirnya PUBG dah release crossover diorang dengan DCEU, dengan melancarkan sekali Joker dan Harley Quinn dalam PUBX x Suicide Squad.
Weee seronoknya! Tapi tunggu, sebelum kau boleh gunakan 2 character (read: skin) ni, ianya akan hentam kad kredit korang dengan harga USD$45. Pengumuman yang sememangnya mengundang libasan pemain-pemainnya. Memang tak membantu sebab PUBG sering dituduh dengan banyak buat pembelian dalam game yang tak berbaloi. Belum lagi cerita pasal event pass lagi..
Game Revolution yang melaporkan skin Joker harga USD$20, Harley Quinn USD$25. “Uish mahal sangat la..aku nak mekap Joker je la camtu”. Boleh, mekap Joker USD$5 dan kayu besbol Harley Quinn USD$3. Bugima tak bugima? Kalau beli fullset USD$45 tu, kau bayangkan tambah beberapa RM je lagi boleh dapat full game weh…
Memang langkah terkini PUBG ni adalah tindak balas terhadap Fortnite yang buat Infinity War event baru-baru ni. Tapi apa beza? Fortnite free to play, PUBG kena beli USD$29.99. Kau boleh beli PUBG lagi 1 copy, balance belanja aku nasi kandar tapi still ada balance. Lagi perbezaan Fortnite Infinity War dibuat masa movie tu keluar, tapi PUBG buat lepas 2 tahun movie Suicide Squad keluar.
Kita boleh lihat kat sini yang PUBG nampak semakin fakap. Banyak sangat keputusan level kanak-kanak Ribena yang telah dibuat yang mungkin menyebabkan ramai pemain akan blah dari game ni, pegi mana lagi? Fortnite la.
Janji nak baiki isu-isu dalam game pun setakat ni kelaut..aku rasa selamat kalau nak kata PUBG “used to” be THE game.
@gamersantaimy
Discussion about this post