Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berbaloi atau tidak Nintendo Switch OLED? Respon dari komuniti Malaysia!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 9, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Pendapat, Produk, Tinjauan & analisis
0 0
0
Berbaloi atau tidak Nintendo Switch OLED? Respon dari komuniti Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Nintendo telah membuat kejutan dengan mengumumkan sebuah model baru untuk konsol Switch mereka, iaitu Nintendo Switch OLED yang akan dilancarkan pada 8 Oktober ini. Rata-rata peminat Nintendo mengharapkan kemunculan “Nintendo Switch Pro”, kerana sejak beberapa bulan ini mereka dihebahkan dengan khabar angin mengenai konsol tersebut.

Berita menarik ini telah menerima banyak respon dari pengguna Nintendo kerana konsol itu tidak mempunyai banyak peningkatan dalaman serta tiada sokongan resolusi 4K, tetapi ia hanya didatangkan dengan skrin OLED sahaja. Malah, mereka sejak konsol itu diumumkan, media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dipenuhi dengan pelbagai respon serta pendapat mengenai Switch OLED ini.

Jadi kami bersama GamerBraves, Wanuxi dan GamerWK telah mengeluarkan borang soal selidik pada hari Rabu yang lalu bagi mendapatkan respon dari komuniti dari Malaysia mengenai model baru ini, serta pendapat mereka untuk membeli atau tidak Switch OLED tersebut. Hasil dari soal selidik ini, kami telah menerima beratus-ratus respon yang memberikan pendapat mereka tentang konsol baru Nintendo.

Pengguna Switch tidak merancang untuk dapatkan Switch OLED

Berdasarkan hasil soal selidik yang kami buat, ramai pemilik konsol Switch telah memilih untuk tidak membeli model OLED. Nampaknya ramai pengguna Switch kurang berminat dengan model konsol ini walaupun ia mempunyai beberapa penambahan spesifikasi baru. Malah, sebilangan responden yang tidak mempunyai konsol Switch turut menyatakan mereka tidak berminat untuk mendapatkan Nintendo Switch OLED.

Manakala, seramai 28.9% responden terdiri daripada mereka yang memiliki dan tidak memiliki Switch menjawab ingin mendapatkan konsol Switch OLED. Di sini kita boleh lihat  peratusan mereka yang ingin memiliki konsol tersebut sangat rendah berbanding dengan mereka tidak berminat untuk mendapatkan Nintendo Switch OLED.

Pengguna Switch LITE pilih untuk kekal dengan konsol mereka

Selain itu, kami ada juga bertanya kepada pengguna Nintendo Switch LITE sama ada mereka ingin membeli Switch OLED, kerana model ini seperti Switch V2. Hasil dari maklum balas yang diterima, majoriti pemilik Switch LITE telah menjawab untuk tidak menaiktaraf konsol sedia ada mereka. Kita dapat perhatikan dari maklum balas ini, hanya 27.8% sahaja pemilik Switch LITE yang memilih ingin mendapatkan Switch OLED.

Mungkin disebabkan

Lain orang lain pendapatnya

Disamping itu, kami telah membaca pelbagai jawapan dari komuniti dimana mereka memilih untuk kekal dengan model lama Switch kerana kebanyakannya bermain konsol menggunakan dock. Ini bermaksud walaupun Nintendo menawarkan peningkatan skrin OLED pada konsol, tetapi penggunanya lebih memilih untuk bermain menggunakan monitor mereka. Malah, ada juga yang menyatakan model OLED tidak memiliki perbezaan yang banyak berbanding model lama, jadi mereka memilih untuk kekal pada konsol sedia ada.

Dalam kebanyakkan jawapan diberikan oleh responden, terdapat beberapa alasan yang sama telah menarik perhatian kami, dimana mereka menyatakan skrin OLED tidak sesuai digunakan untuk jangka masa panjang. Mungkin ini boleh menjadi alasan mengapa model baru dari Nintendo ini tidak mendapat sambutan yang hangat dari pengguna.

Kami turut membaca jawapan dari mereka yang ingin mendapatkan Switch OLED, dan kebanyakannya memberikan sebab yang terlalu umum, iaitu “model ini lebih baru”. Apa yang boleh kami simpulkan disini, kerana mereka mempunyai duit lebih untuk dibelanjakan ke konsol baru.

Apa yang mereka mahukan di konsol Switch seterusnya

Kami telah memberi peluang kepada responden untuk ciri-ciri konsol Switch ideal mereka, dan sebilangan besar responden telah menyatakan output 4K dengan 60fps adalah pilihan spesifikasi yang dimahukan pada Switch seterusnya. Ada juga di antara responden yang tidak memberikan jawapan secara spesifik seperti hanya mengharapkan peningkatan prestasi pada konsol Switch akan datang.

Ada juga sebilangan responden telah membangkitkan masalah Joy-Con Drift yang sering dihadapi oleh pengguna Switch sejak ia dilancarkan. Mereka mengharapkan agar Nintendo menyelesaikan masalah itu di konsol Switch seterusnya bagi memberikan kepuasan pengalaman bermain kepada pengguna.

Penutup

Secara keseluruhannya, ramai kalangan komuniti Nintendo di Malaysia yang mempunyai pengetahuan teknikal tidak berminat dengan pengumuman Switch OLED ini. Namun, ini mungkin tidak akan menjejaskan penjualan model Switch, kerana kebanyakkan pengguna kasual tidak mengambil berat mengenai spesifikasi dan memilih untuk menikmati game yang ada di Nintendo itu sendiri.

Nintendo Switch OLED akan dilancarkan pada akhir tahun ini bertepatan 8 Oktober dengan nilai harga $349.99 (anggaran RM RM1455). Apa pendapat anda pula tentang model Nintendo Switch baru? Kongsikannya di dalam ruang komen kami! Untuk segala liputan kami mengenai Nintendo Switch OLED, sila tekan pautan ini.

 

Tags: KonsolnintendoSwitch OLED
Previous Post

6 manga zombie TERBAIK untuk baca!

Next Post

Unboxing: Banyak naga dalam Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Unboxing: Banyak naga dalam Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition!

Unboxing: Banyak naga dalam Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd