Baru-baru ini, PlayStation telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara State of Play Sony yang bakal ditayangkan secara livestream pada hari Jumaat, 9 Julai jam 5 pagi waktu tempatan. Acara ini akan memberi persembahan selama sembilan minit bagi Deathloop yang dibangunkan oleh Arkane Studios untuk PlayStation 5, bersama beberapa tajuk game indie dari third-party.
Pengumuman acara PlayStation State of Play ini telah dimaklumkan di PlayStation Blog oleh Pengarah Senior dan Kandungan Komunikasi SIE, iaitu Sid Shuman. Acara ini akan ditayangkan selama 30 minit dan peminat boleh menontonnya di saluran Twitch serta Youtube PlayStation.
Walau bagaimanapun, Sony telah memaklumkan bahawa State of Play kali ini tidak akan menyertakan kemaskini untuk God of War yang baru, Horizon Forbidden West, atau PlayStation VR next-gen. Namun mereka telah menjanjikan lebih banyak kemaskini untuk dua game tersebut tidak lama lagi sepanjang musim panas ini.
Deathloop akan tersedia untuk platform PS5, PC dan Windows bermula 14 September ini. Ianya telah dibangunkan oleh Arkane Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Game first-person shooter ini dibintangi oleh Colt, yang boleh menggunakan kemampuan supernatural untuk melakukan teleport, membaling musuhnya secara telekinetik, menjadi halimunan, dan memutar balik masa untuk membongkar misteri time-loop yang dihadapinya.
Acara PlayStation State of Play bakal ditayangkan pada 9 Julai jam 5 pagi di saluran Youtube dan Twitch. Untuk membaca segala liputan kami mengenai acara ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post