Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War baru dan Horizon Forbidden West tidak akan muncul di State of Play Jumaat ini!

State of Play akan ditayangkan secara livestream pada Jumaat 9 Julai jam 5 pagi

Amir Haziq by Amir Haziq
July 7, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
God of War baru dan Horizon Forbidden West tidak akan muncul di State of Play Jumaat ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, PlayStation telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara State of Play Sony yang bakal ditayangkan secara livestream pada hari Jumaat, 9 Julai jam 5 pagi waktu tempatan. Acara ini akan memberi persembahan selama sembilan minit bagi Deathloop yang dibangunkan oleh Arkane Studios untuk PlayStation 5, bersama beberapa tajuk game indie dari third-party.

Pengumuman acara PlayStation State of Play ini telah dimaklumkan di PlayStation Blog oleh Pengarah Senior dan Kandungan Komunikasi SIE, iaitu Sid Shuman. Acara ini akan ditayangkan selama 30 minit dan peminat boleh menontonnya di saluran Twitch serta Youtube PlayStation.

Walau bagaimanapun, Sony telah memaklumkan bahawa State of Play kali ini tidak akan menyertakan kemaskini untuk God of War yang baru, Horizon Forbidden West, atau PlayStation VR next-gen. Namun mereka telah menjanjikan lebih banyak kemaskini untuk dua game tersebut tidak lama lagi sepanjang musim panas ini.

Deathloop akan tersedia untuk platform PS5, PC dan Windows bermula 14 September ini. Ianya telah dibangunkan oleh Arkane Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Game first-person shooter ini dibintangi oleh Colt, yang boleh menggunakan kemampuan supernatural untuk melakukan teleport, membaling musuhnya secara telekinetik, menjadi halimunan, dan memutar balik masa untuk membongkar misteri time-loop yang dihadapinya.

Acara PlayStation State of Play bakal ditayangkan pada 9 Julai jam 5 pagi di saluran Youtube dan Twitch. Untuk membaca segala liputan kami mengenai acara ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Tags: playstationSonystate of play
Previous Post

Baru sahaja dilancarkan, tetapi Switch OLED telah menerima pelbagai reaksi dari peminat!

Next Post

Tan Sri Michelle Yeoh merupakan salah satu pelakon di The Witcher: Blood Origin sebagai Scían

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Tan Sri Michelle Yeoh merupakan salah satu pelakon di The Witcher: Blood Origin sebagai Scían

Tan Sri Michelle Yeoh merupakan salah satu pelakon di The Witcher: Blood Origin sebagai Scían

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd