Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[GamerSantaiTalks] Temuramah bersama Streamer “The Raddest Unicorn In The Game” Sabrina Zainal!

GS X TheRadUnicorn

Agent 13k by Agent 13k
November 13, 2018 - Updated on March 2, 2019
in Artikel, Berita, PC, Temuramah
0 0
0
[GamerSantaiTalks] Temuramah bersama Streamer “The Raddest Unicorn In The Game” Sabrina Zainal!
Share on FacebookShare on Twitter

Hi Semua! Kami di Gamer Santai sangat beruntung kerana dapat Interview bersama Streamer Malaysia yang namanya sedang menaik dalam kalangan Streamer Malaysia iaitu Sabrina “TheRadUnicorn” Zainal! Kami disini menanyakan pelbagai soalan kepada Sabrina tentang dirinya, bagaimana dia mulakan dalam streaming dan banyak lagi!

S: Bolehkah Sabrina memberitahu pembaca, perkenalkan diri Sabrina dan apa yang Sabrina lakukan sekarang?

Dikenali sebagai Sabrina Zainal dan nama in-game RadUnicorn. Berumur 20 tahun  dan salah seorang ahli kumpulan Nerd Gaming Malaysia. Saya merupakan seorang ‘casual’ gamer dan bermain pelbagai game merentas platform terutamanya PC. Saya juga live stream gameplay saya di Facebook ‘Sabrina Zainal’ dan Youtube ‘Nerd Gaming Malaysia’ secara bebas. Selain itu, saya juga melakukan side content seperti rekod gameplay dan vlog untuk Youtube ‘Nerd Gaming Malaysia’.

S: Apakah yang membuat Sabrina untuk membuat keputusan yang Sabrina mahu memulakan live streaming? Dan bagaimana reaksi Keluarga, Kawan-kawan rapat Sabrina tentang perkara ini?

Keputusan untuk memulakan career sebagai seorang livestreamer itu wujud apabila saya sudah mulakan live streaming. Jadi pada awalnya saya stream hanya suka-suka bagi berkongsi gameplay saya, juga untuk melihat padangan orang lain tentang game tersebut dan untuk berinteraksi dengan mereka. Apabila saya nyatakan hasrat saya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan saya, mereka tidak membatah malah memberi sokongan dari awal permulaan live stream saya tanpa henti. Jika kepalangan, mereka juga datang ke live stream untuk support live stream tersebut.

S: Sabrina nampaknya lebih berminat genre game FPV, dan adakah Sabrina berminat untuk cuba genre game yang berbeza pada masa akan datang?

Pada dasarnya saya memang berminat semua genre game seperti RPG, Action Role-play, Survival Horror dan lagi,  tetapi selalunya akan lebih livestream game bergenre FPV seperti Players’ Unknown Battleground atas permintaan viewers.

S: Bercakap FPV, Kita tahu bahawa Sabrina biasanya stream PUBG dan adakah Sabrina berminat menyertai tournament PUBG? Ataupun Sabrina pernah ada pengalaman dalam Tournament PUBG?

Buat masa sekarang memang saya tidak pernah join mana-mana PUBG Tournament tetapi jika diberi peluang menyertai mana-mana PUBG Tournament pasti saya akan lakukan.

S: Boleh beritahu kepada pembaca, tentang beberapa cabaran yang Sabrina hadapi sebagai seorang streamer dan adakah sukar untuk membuat masa untuk streaming?

Cabaran sebagai seorang streamer biasanya apabila gameplay kita  akan di kecam oleh viewers. Jadi hati kena kental untuk terima cemuhan viewers dan segala ‘point of view’ yang mereka kongsikan di ruang komen. Tetapi tidak bermakna ini akan menghalang untuk berlive stream dan saya sendiri menggalakkan sesiapa yang ingin memulakan live streaming game ini untuk bermula sekarang kerana live streaming game yang sedang meningkat.

S Apa Sabrina buat jika Sabrina tidak buat streaming? Adakah anda mempunyai hobi atau minat selain Streaming game? Boleh beritahu pembaca?

Selain live streaming game saya juga akan record gameplay dan vlog untuk Nerd Gaming Malaysia.

S: Di manakah Sabrina mendapatkan nama samaran “TheRadUnicorn” itu? Adakah nama itu diberi oleh diri sendiri atau orang lain memberikannya? Dan ada cerita tak di sebalik namanya?

Nama ini direka sendiri oleh saya. Ia datangnya daripada minat saya dengan haiwan mistik ‘Unicorn’ dan singkatan ‘Rad’ itu datangnya daripada Radical yang membawa maksud satu perasan atau effect positif terhadap sesuatu sehingga titik permulaanya. Jadi dari situ saya gabungkan kedua-dua nama dan jadikan TheRadUnicorn.

S: Adakah potensi untuk perempuan yang peminat gaming, adalah sama seperti lelaki untuk mereka lebih terkenal? Adakah ia sukar atau tidak untuk naikkan nama dalam gaming?

Dari pandangan saya, kedua-duanya sama. Faktor kenaikkan nama itu bergantung kepada konsistensi, content, interaksi dan pelbagai lagi yang membuat viewers lebih tertarik kepada live stream tersebut. Ia tidak bergantung kepada jantina atau rupa seseorang.

S: Kita tahu bahawa Sabrina pada masa ini bersama dengan kumpulan “Nerd Gaming Malaysia” yang mengumpulkan semua Youtube dan Facebook Malaysia Gamers Streamer di dalam satu tempat yang sama untuk bercakap tentang gaming dan streaming, Apa rasanya untuk bersama dengan streaming dengan orang yang mempunyai semangat dan minat yang sama seperti Sabrina?

Ia merupakan satu penghargaan untuk masih Bersama dengan Nerd Gaming Malaysia kerana dunia Esport saya lebih berkembang di sebabkan mereka. Antara faktor yang menyebabkan saya bertahan dalam dunia Esport adalah mereka kerana tanpa sokongan, semangat dan minat yang sama antara kami saya tidak akan ada di dunia Esport selama ini.

S: Apakah pandangan Sabrina mengenai Esports di Malaysia? Adakah Sabrina mempunyai pandangan anda sendiri?

Pada pandangan saya Esport di Malaysia sekarang lebih diketahui selepas Perdana Menteri Sukan kita mengetengahkan isu tersebut dan menyokong kami di industri Esport dengan lebih dekat. Kerana dulunya merupakan amat sukar untuk melihat mana-mana akhbar atau artikel tentang seorang gamer dan sekarang boleh dikatakan setiap minggu ada isu baru yang berkait dengan dunia Esport.

S: Ada kata-kata terakhir kepada pembaca di luar sana? Dan perkataan semangat kepada semua streamers di Malaysia?

Pada pembaca di luar saya yang ingin memulakan apa sahaja career di dalam dunia Esport, teruskan dengan cita-cita dan impian tersebut. Semua bermula dari bawah dan konsistensi. Jangan lupa juga untuk kelilingkan diri anda dengan golongan Esport (bukan sahaja streamer) serta menyertai event-event Esport berdekatan anda.

Kami disini mengucapkan terima kasih kepada Cik Sabrina Zainal kerana sudi meluangkan masa bersama kami dan kami akan doakan Cik Sabrina kekal dalam Streaming dan semoga dimurah rezeki dalam bidang yang dipilih oleh Cik Sabrina!

Korang boleh follow Sabrina kat sini:-

FB Page: https://www.facebook.com/TheRadUnicorn
Instagram: https://www.instagram.com/sabrinazainal_/
Twitter: https://twitter.com/sabrinazainal_
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCmj9DA4gw8mq-xJDG0Wtdbg
Twitch: https://www.twitch.tv/theradunicorn

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #GamersantaitalksGirl StreamerMalaysian StreamerRad UnicornTemuramah
Previous Post

Hakoom sekali lagi mendapat Guinness World Record sebagai Pemain yang mendapat Trophy Point yang Terbanyak!

Next Post

Pokemon Festival akan datang ke Malaysia pada bulan Depan untuk buat KALI PERTAMANYA?

Agent 13k

Agent 13k

Peminat Ska-Punk, Bapa kepada 5 ekor kucing dan Aku baca encyclopaedia untuk seksa orang.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Pokemon Festival akan datang ke Malaysia pada bulan Depan untuk buat KALI PERTAMANYA?

Pokemon Festival akan datang ke Malaysia pada bulan Depan untuk buat KALI PERTAMANYA?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd