Ok, bulan lepas kitorang cover berita pasal ada seorang gamer ni dari Bahrain yang dia mendapat Guinness World Record sebagai Platinum trophy PS4 terbanyak. Dan ramai yang panggil dia tipu dan seangkatannya, kesian la jugak kat dia ni, tapi memang nampak Hakoom ni berkerja keras untuk mendapatkan Trophy PS4 dia jika dia mahu kekalkan tempat No.1 Dalam PSN Beliau.
البحريني عبد الحكم يدخل موسوعة قينيس للمرة الثانية بحصوله على اكثر نقاط على البليستيشن.
The Bahraini A-Hakam enters Guinness for the second time for unlocking the most points on playstation@playstation @GWR#playstation #ps4pro #playstation4 #sony #bahrain #gaming #ps4 #hakoom pic.twitter.com/NmPII4PtMt— Hakoom (@psnHakoom) November 12, 2018
Jadi yang apa terbaru untuk kali ini? Sebenarnya, Hakoom update kat Social Media beliau untuk memberitahu yang dia mendapat Record Terbaru untuk “Pemain yang mendapat Trophy Point yang terbanyak”. So, berapa banyak trophy dia dapat? 2,306,475 Trophy dia dapat kumpul dalam PSN beliau. Banyak kan dia kumpul?
Jadi, bagaimana dia boleh dapat Trophy banyak-banyak? Well, dia sebelum ni ada cerita yang macam mana dia boleh dapat Trophy semua tu dan memang kalau korang tengok mata dia, abis hitam macam panda, itu Dedikasi tu. Untuk pengetahuan korang, Hakoom yang sekarang ni berkerja sebagai Trophy Hunter apabila orang luar mahu panggil dia untuk dapatkan trophy yang customer tu nak, Harga tidak tetap. Tapi apa-apa pun tahniah kepada hakoom yang berjaya mendapat 2 World Record dalam genggaman beliau.
@gamersantaimy
Discussion about this post