Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken X Street Fighter dibatalkan secara rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2021
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Tekken X Street Fighter dibatalkan secara rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2010, produser Street Fighter – Yoshinori Ono dan produser Tekken – Katsuhiro Harada mengumumkan dua permainan “fighting” crossover iaitu: Street Fighter X Tekken, dan Tekken X Street Fighter, di mana yang pertama dikembangkan oleh Capcom manakala yang kedua dikembangkan oleh Bandai Namco. Walaupun Street Fighter X Tekken berjaya dilancarkan, Tekken X Street Fighter sehingga hari ini masih tiada apa-apa berita. Harada baru-baru ini mengesahkan dengan mulut sendiri bahawa Tekken X Street Fighter secara rasmi dibatalkan.

Harada menyatakan dia ingin kembali ke projek itu, tetapi akhirnya memutuskan untuk memberi fokus utama pada Tekken 7. Dalam satu temu ramah di sebuah rancangan radio, dia dan pengarah Tekken 7, Kouhei Ikeda ditanya mengenai perkembangan Tekken X Street Fighter di mana Harada mengesahkan bahwa permainan telah menghentikan pembangunan setelah menyiapkan permainan sebanyak 30%. Semua model dan animasi sudah pun disiapkan sebelum projek itu secara rasmi dibatalkan.

Menurut Harada dan Ikeda, watak wanita mendapat perhatian yang lebih khusus, termasuk Chun-Li dari Street Fighter. Mereka ingin mempamerkan model yang dibuat, tetapi disebabkan Street Fighter adalah harta intelek milik Capcom, mereka tidak akan dibenarkan. Namun, salah satu elemen yang berjaya diambil dari crossover ini adalah penampilan Akuma. Dengan menggunakan semula model dan animasi dari Tekken X Street Fighter, mereka dapat memasukkan Akuma di Tekken 7 sebagai watak DLC.

Walaupun projek crossover Tekken X Street Fighter telah dibatalkan, janganlah anda semua bersedih. Diumumkan pada minggu lepas, Kazuya Mishima akan membuat debut di Super Smash Bros. Ultimate sebagai watak DLC. Walaupun Ken dan Ryu dari Street Fighter sudah menjadi sebahagian daripada barisan watak, penambahan Kazuya mungkin akan memperkenalkan watak Tekken lain ke dalam permainan.

Sumber – YouTube

Tags: Bandai NamcocancelleddibatalkanStreet FighterTekkenTekken X Street Fighter
Previous Post

Fakta menarik tentang pemain bola sepak terkenal yang gila game!

Next Post

[Review Penuh] Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown makin padu dengan enjin dari Yakuza!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Review Penuh] Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown makin padu dengan enjin dari Yakuza!

[Review Penuh] Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown makin padu dengan enjin dari Yakuza!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd