Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yang dinantikan tak kunjung tiba, tiada Nintendo Switch Pro di E3 2021

Amir Haziq by Amir Haziq
June 16, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Pameran/Expo, Platform
0 0
0
Yang dinantikan tak kunjung tiba, tiada Nintendo Switch Pro di E3 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara E3 2021 pagi tadi, para peminat telah dikecewakan dengan ketiadaan pengumuman rasmi mengenai Nintendo Switch Pro yang digembar-gemburkan di media sosial sejak kebelakangan ini. Terdapat banyak laporan yang mengatakan konsol tersebut bakal diumumkan semasa showcase Nintendo Direct, tetapi ianya tidak berlaku, dan sudah diagak.

Nintendo Switch kini sudah masuk tahun keempat sejak ia dilancar pada tahun 2017 yang lalu, dan Nintendo telah mengeluarkan siri Switch Lite yang lebih ringan dan Switch Versi kedua dengan ketahanan hayat bateri lebih lama. Pelbagai spekulasi telah ditimbulkan mengenai kedatangan Switch baru yang digelar sebagai Nintendo Switch Pro, dan dikatakan juga ia mempunyai skrin OLED yang lebih besar. Malah Switch versi baru ini dikhabarkan akan datang dengan sokongan dock baru serta menyokong resolusi 4K.

Walau bagaimanapun, semua itu hanyalah khabar angin semata-mata. Edisi showcase Nintendo Direct kali ini hanya mendedahkan mengenai beberapa game yang bakal dilancarkan seperti Metroid Dread, Shin Megami Tensei V dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2.

Jika dilihat dari sudut lain pula, ketiadaan pengumuman mengenai Nintendo Switch Pro tidaklah sangat mengejutkan, kerana penjualan konsol Switch masih lagi kuat dan Nintendo tidak perlukan perkakasan baru untuk dipasarkan buat masa ini. Malah, dengan keadaan pandemik yang semakin serius, masalah kekurangan cip, prosedur bekerja dari rumah yang sukar dan banyak cabaran lain boleh menjadi sebab untuk syarikat tersebut tidak melancarkan konsol baru.

Di samping itu, walaupun Sony dan Microsoft telah mengeluarkan konsol next-gen sejak tahun lalu, prestasi Nintendo tidak tergugat kerana mereka terus mengeluarkan pelbagai game menarik sebagai tarikan untuk pengguna. Buat masa ini, game yang tersedia untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X masih sedikit dan konsol mereka sukar untuk didapatkan di pasaran. Jadi semestinya ramai pemain memilih Nintendo Switch untuk hiburan sampingan mereka sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Untuk pengetahuan pengguna Switch, showcase Nintendo Direct telah mengumumkan beberapa game baru yang akan tiba tidak lama lagi, serta game-game menarik sebelum ini bakal menerima DLC baru. Jadi untuk membaca segala liputan tersebut, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: E3 2021nintendoNintendo directNintendo Switch Pro
Previous Post

BATMAN dalam AR! Permainan mobile terbaru DC: Batman Bat-Tech Edition dikembangkan oleh Warner Bros.

Next Post

Deku dikehendaki?! Trailer penuh filem anime My Hero Academia: World Heroes’ Mission didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Deku dikehendaki?! Trailer penuh filem anime My Hero Academia: World Heroes’ Mission didedahkan!

Deku dikehendaki?! Trailer penuh filem anime My Hero Academia: World Heroes' Mission didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd