Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Black Clover: Mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic?
Share on FacebookShare on Twitter

Asta adalah seorang entiti unik dalam dunia Black Clover, sebab dia dilahirkan tanpa sebarang mana (kuasa magic untuk mudah anda semua faham). Jauh berbeza dari ahli sihir lain, dia menggunakan Anti-Magic, yang merupakan sejenis tenaga yang membatalkan mana. Walaupun tidak diberi penjelasan penuh, ia berpunca dari ibunya, Richita. Di sini, saya ingin menerangkan mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic.

Tidak seperti Asta, Richita dilahirkan dengan mana. Namun, dia memiliki kebolehan untuk menyerap mana dan tenaga hidup orang di sekeliling. Kini kita ada tiga teori yang ramai membincangkan di internet.

  1. Oleh kerana Richita tidak mampu mengawal kuasa ini, dia tanpa sengaja telah menyerap segala mana Asta sejak saat dia dilahirkan.
  2. Sama seperti ibunya, Asta memiliki mewarisi sejenis ciri-ciri istimewa di mana badannya tidak memiliki mana lantas membolehkannya menggunakan sihir lain.
  3. Kebetulan, Asta memang bernasib malang dan dilahirkan tanpa sebarang kuasa magic.
Asta semasa bayi

Kemudian, Richita meninggalkan Asta dalam bakul di depan gereja Hage, kerana bimbang akan menyedut nyawanya. Tidak lama kemudian, Richita menjumpai grimoire milik Licht, dan tidak lama selepas itu, menjumpai Liebe yang masih muda dan dalam keadaan cedera. Mungkin serba salah kerana meninggalkan anaknya sendiri, Richita mengambil Liebe sebagai anak angkat.

Malangnya, hidup mereka tidak aman. Lucifero (high-rank Devil) cuba merasuk Liebe setelah mendapat tahu dia hidup dikalangan para manusia. Richita cuba menyerap sihir Lucifero dengan memeluk Liebe tetapi Lucifero yang masih merasuki Liebe, menikam dada Richita. Nasib baiklah, Richita berjaya memaksa Lucifero keluar lalu memerangkap Liebe di dalam “five-leaf clover grimoire” (grimoire sama yang saya sebutkan di atas) sebelum meninggal dunia.

Richita masukkan Liebe ke dalam grimoire

Grimoire ini kemudian akan diterima oleh Asta pada hari jadinya yang ke-15, di mana Liebe akan menjadi sumber untuk abiliti Anti-Magic. Kedua-dua individu ini mempunyai hubungan yang sangat berkait rapat dan harus bersatu untuk mengalahkan musuh yang lebih kuat pada masa akan datang. Secara kebetulan, kedua-dua Asta dan Liebe tidak memiliki mana tetapi Liebe dilahirkan dengan abiliti Anti-Magic. Ini juga merupakan sebab utama mengapa Liebe dapat melarikan diri ke dunia manusia.

Tetapi adakah ia benar secara kebetulan? Jika kita mengikut teori pertama, sekiranya Richita tidak dilahirkan dengan abiliti untuk menyerap mana, dia pasti akan hidup dengan aman dan tidak perlu menjauhkan diri dari orang lain. Jika itu berlaku, dia tidak akan menemui grimoire tersebut ataupun Liebe, lantas keseluruhan naratif akan berubah. Sekiranya Richita tidak dapat mengalahkan Lucifero meletakkan Liebe di dalam grimoire tersebut, Liebe dan Asta pasti tidak akan bertemu dan Asta sudah tentu tidak boleh menggunakan kuasa Anti-Magic. Jadi adakah ia benar hanya kebetulan oleh pihak mangaka?

Itu sahaja yang saya ingin jelaskan tentang mengapa Asta dilahirkan tanpa kuasa magic. Apa pendapat anda? Jangan segan silu untuk membetulkan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang francais Black Clover, sila tekan pautan ini.

Sumber – Black Clover Fandom 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAstaBlack CloverFaktaLiebemangaRichitaTrivia
Previous Post

Kolam hadiah RM200ribu bakal direbutkan! 18 pasukan akan berentap dalam Free Fire Malaysia Championship!

Next Post

Pikachu akan menjadi Attacker untuk pemain dalam Pokemon UNITE

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Pikachu akan menjadi Attacker untuk pemain dalam Pokemon UNITE

Pikachu akan menjadi Attacker untuk pemain dalam Pokemon UNITE

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd