Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing: Membuka portal ke media kit Ratchet & Clank : Rift Apart!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PS5, Review, Unboxing
0 0
0
Unboxing: Membuka portal ke media kit Ratchet & Clank : Rift Apart!
Share on FacebookShare on Twitter

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan di Sony Interactive Entertainment Singapore kerana menghadiahkan media kit Ratchet & Clank: Rift Apart, yang penuh dengan merchandise menarik untuk diterokai! Mari kita lihat apa yang ada di dalamnya:

Pakej ini datang dalam kotak yang sangat menyerlah, dan dihiasi dengan muka Ratchet dan Clank. Sudah tentu, kotak ini bukanlah tumpuan utama, jadi mari kita buka dan lihat apa yang ada di dalam! Satu perkara cool yang saya suka tentang kotak ini adalah apabila kita membukanya, sebuah diorama 3D yang menampilkan Ratchet, Clank dan Dr. Nefarious akan muncul dan dilihat sedang mengintip kita melalui beberapa portal.

Ini adalah rekaan idea yang sangat bagus, di mana pemandangan adalah lebih jelas jika dilihat dari atas. Ia juga datang dengan sejenis beg merah, yang dihiasi dengan poster “WANTED” untuk protagonis terbaru, Rivet. Itu sahaja fungsinya kerana ini hanyalah sekadar beg. Jom kita lihat apa yang ada di dalam pula!

Pelekat Ratchet & Clank: Rift Apart

Kit ini mempunyai sejumlah pelekat comel Ratchet dan Clank yang menampilkan beberapa watak daripada siri. Saya memang minat seni piksel, tetapi setiap rekaan pelekat penuh dengan gaya keunikan sendiri.

Booklet senjata

Seterusnya, kita ada booklet besar yang mempunyai maklumat mengenai semua senjata yang dapat kita gunakan di Ratchet & Clank: Rift Apart. Ia direka supaya kelihatan seperti roda senjata mengikut UI permainan, supaya kita dapat berpura-pura sedang memilih senjata pilihan untuk tewaskan musuh.

Poskad istimewa Ratchet & Clank: Rift Apart

Selain itu, kita ada poskad yang penuh dengan karya seni cantik daripada permainan, yang membolehkan penerima membayangkan diri dalam dunia asing Ratchet & Clank di PS5.

Penampal hiasan

Ini merupakan cara yang paling menarik untuk menunjukkan semangat anda kepada Ratchet & Clank! Penampal hiasan ini menampilkan trio utama kami iaitu Ratchet, Clank dan Rivet. Memang comel untuk melihat Ratchet dan Rivet sedang menunjukkan taring, sementara Clank mempunyai ekspresi bosan.

Poster Ratchet, Clank dan Rivet

Akhir sekali, kita boleh menghiasi bilik peribadi dengan poster Ratchet & Clank: Rift Apart ini, yang menampilkan trio utama dalam posing bergaya.


Ratchet & Clank: Rift Apart rasminya keluar hari ini secara eksklusif untuk PS5. Saya ucapkan kasih sekali lagi kepada Sony Interactive Entertainment Singapore kerana menghantar media kit Ratchet & Clank: Rift Apart ini kepada kami, dan jangan lupa untuk mencuba permainan sendiri! Untuk tahu apa yang menarik tentang permainan, kalian boleh membaca ulasan penuh saya di sini. Untuk segala liputan tentang permainan, tekan sini.

BELI PERMAINAN SECARA DIGITAL DI SINI

Pra-pesan di sini
Ratchet & Clank: Rift Apart
Developer: Insomniac Games
Release Date: 2021-06-11
PlayStation 5
Ratchet & Clank: Rift Apart adalah permainan platform penembak orang ketiga yang akan datang yang dikembangkan oleh Insomniac Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 5. Permainan ini akan berlangsung selepas peristiwa Ratchet & Clank: Into the Nexus.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Media kitps5Ratchet & Clank: Rift ApartUnboxing
Previous Post

“Susahnya nak dapat Conqueror, Dapat Ace pun jadi lah!” Cuba tips push rank PUBG Mobile ini!

Next Post

CD Projekt Red dan Netflix rasmi umumkan WitcherCon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
CD Projekt Red dan Netflix rasmi umumkan WitcherCon

CD Projekt Red dan Netflix rasmi umumkan WitcherCon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd