Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Need for Speed: Hot Pursuit Remastered akan ditambah ke EA Play bermula 24 Jun!

Game ini akan tersedia untuk PS4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC melalui Steam serta Origin

Amir Haziq by Amir Haziq
June 4, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Genre, Multiplayer, Nintendo Switch, Origin, PC, Platform, PS4, Remastered, Steam, Xbox One
0 0
0
Need for Speed: Hot Pursuit Remastered akan ditambah ke EA Play bermula 24 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal minggu ini, Electronic Artsmengumumkan bahawa mereka sedang menghapus beberapa permainan lama Need for Speed dan juga akan menutup kedai digital serta menghentikan perkhidmatan dalam talian mereka. EA mengatakan keputusan itu dibuat kerana mereka ingin beralih arah untuk fokus pada masa depan Need for Speed, dan jumlah pemain tidak mencukupi untuk menyokong visi itu. Hari ini, studio tersebut telah mengumumkan yang mereka akan menambah Need For Speed: Hot Pursuit Remastered bermula 24 Jun ini.

Need for Speed: Hot Pursuit Remastered merupakan versi yang ditambak baik pada game racing tahun 2010 yang sama dan mempunyai peningkatan visual termasuk semua DLC. Sebelum ini, game tersebut telah dilancarkan pada tahun 2020 untuk platform PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, dan PC melalui Steam. Dalam game ini, pemain boleh memilih peranan sama ada ingin menjadi pelumba atau polis, dan setiap darinya mempunyai tujuan tersendiri. Jika pemain memilih peranan sebagai pelumba, mereka perlu mengelak dari ditahan oleh polis, dan bagi yang memilih menjadi polis, mereka perlu mengejar dan menangkap pelumba.

Dalam Need for Speed: Hot Pursuit Remastered, ia juga merangkumi ciri multiplayer asynchronous atau dipanggil Autolog, yang membolehkan rakan anda membandingkan statistik dan perkembangan mereka. Dengan semua DLC disekalikan tanpa kos tambahan, pemain boleh membuka kosmetik serta pencapaian baru, termasuk sokongan cross-play untuk mod multiplayer. Malah, EA Play juga bakal menawarkan pelbagai ganjaran untuk pemain baru dan pemain lama.

EA Play merupakan perkhidmatan langganan Electronic Arts yang menawarkan pelbagai game EA kepada pemain mereka. Perkhidmatan ini tersedia di PC melalui Steam dan Origin, PS4 serta Xbox One dan harga langganannya sebulan bernilai $5 (anggaran RM20.64) serta tahunan bernilai $30 (anggaran RM123.85). Langganan ini turut termasuk dalam Xbox Game Pass Ultimate, iaitu perkhidmatan langganan permainan video Microsoft.

Peminat genre racing boleh mendapatkan Need for Speed: Hot Pursuit Remastered ini bermula 24 Jun nanti di senarai EA Play. Untuk segala liputan kami tentang francais Need for Speed, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EA PlayElectronic ArtsNeed for Speed: Hot Pursuit Remastered
Previous Post

Marvel’s Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!

Next Post

Review Mass Effect Legendary Edition – Menggamit memori Lagenda yang diberi nafas baru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Mass Effect Legendary Edition – Menggamit memori Lagenda yang diberi nafas baru!

Review Mass Effect Legendary Edition - Menggamit memori Lagenda yang diberi nafas baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd