Phantasy Star Online 2: New Genesis, adalah “standalone-expansion” seterusnya dalam siri aksi RPG Phantasy Star Online oleh Sega. Selepas menamatkan ujian beta pada bulan lepas, ia akan dilancarkan di Xbox dan PC pada 9 Jun. Diumumkan pada tahun lalu, New Genesis digambarkan sebagai “generasi berikutnya” untuk PSO2, dan mengisahkan 1,000 tahun selepas pertarungan Oracle di permainan tersebut.
PSO2 NEW GENESIS is launching on June 9th! 🎉💫✨
PSO2:NGS will launch after the end of maintenance on June 9, 2021 (Wed).
We will be holding campaigns to celebrate the launch. We hope you’re all looking forward to it too!https://t.co/pxqpPpSl2L #PSO2 #PSO2NGS pic.twitter.com/yQsnbdjqVT— Phantasy Star Online 2 New Genesis – Global (@play_pso2) June 1, 2021
Berikut adalah ciri-ciri utama expansion:
- Percuma untuk bermain.
- Persekitaran medan perang yang luas:
- Terokai dunia baru yang menampilkan medan permainan luas yang dipenuhi dengan musuh gana. Rentas melalui persekitaran besar, dan terbang melalui lanskap tinggi dengan abiliti istimewa baru. Memasuki kawasan baru pun mudah tanpa ada ada sebarang “loading screen”.
- Model watak yang ditambahbaik: Cipta identiti sendiri menggunakan “creation engine” baru. Ubahsuai setiap ciri untuk menghasilkan avatar unik anda.
- Enjin grafik yang direka semula: Jelajah persekitaran yang menawan, watak pemain yang sangat terperinci, dan musuh yang hebat dalam resolusi tinggi. Pencahayaan dan kesan khas baru juga ditambah supaya sesi pertarungan kelihatan lebih hebat.
- Sistem dan abiliti “multi-weapon” baru: Gabungkan dua jenis senjata untuk pertukaran senjata yang lebih lancar. Bertarung sepantas kilat menggunakan pelbagai senjata dan teknik.
Sebelum ini, Sega menjelaskan bahawa penciptaan watak dan avatar adalah serasi antara Phantasy Star Online 2 dan New Genesis, di mana senjata, dan unit dapat digunakan di New Genesis, manakala data lain seperti emotes, Star Gem, dan Arks Cash boleh dikongsi antara kedua-dua permainan. Malangnya, level, EXP, skill, “photon art“, teknik, dan mata wang yang mempengaruhi ekonomi permainan tidak boleh dipindahkan.
Sekali lagi saya ingatkan, Phantasy Star Online 2: New Genesis akan tersedia di Xbox dan PC (melalui Steam, Microsoft Store, dan Epic Games Store pada 9 Jun 2021.
Sumber – PSO2
@gamersantaimy
Discussion about this post