Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri manga terlaris di Jepun pada 2021 (separuh pertama) didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Siri manga terlaris di Jepun pada 2021 (separuh pertama) didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi manga, industri ini berkembang dengan sangat pesat sejak kebelakangan ini. Seiring dengan perkembangan industri, purata penjualan untuk siri terhangat pun semakin meningkat, di mana sebuah laporan baru telah mendedahkan siri manga paling terlaris pada tahun 2021 (separuh pertama). Laporan ini datang dari Oricon yang terkenal sebagai sumber rasmi untuk penjualan manga. Syarikat ini mengumumkan carta sahih untuk penjualan manga pada pertengahan tahun ini, dan keputusannya mungkin akan mengejutkan para pembaca.

Here's a fixed chart. Apologies for the error! pic.twitter.com/QJLIkFiNq2

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 30, 2021

Menurut laporan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba masih berada di tempat pertama dengan nilai penjualan yang sangat tinggi. Manga ini telah terjual sebanyak 26,351,483 salinan tahun ini (setakat ini). Diikuti oleh Jujutsu Kaisen di tempat kedua, siri ini melonjak dalam populariti setelah tayangan musim pertama. Laporan menunjukkan bahawa manga ini telah terjual 23,797,483 salinan pada tahun ini. Dua siri ini berjaya meninggalkan pesaing lain dengan jarak yang sangat jauh, tetapi itu tidak bermaksud karya lain tidak bagus.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba

Tempat ketiga jatuh kepada Tokyo Revengers dengan jumlah 5,007,825. Attack on Titan berada di tempat keempat (4,635,754) manakala Chainsaw Man mengambil tempat kelima dengan nilai penjualan sebanyak 4,181,650. The Promised Neverland (3,191,416) hadir di tempat keenam lalu diikuti oleh My Hero Academia (3,045,057), Haikyu!! (2,944,002), Kingdom (2,596,395), dan One Piece (2,573,010).

Tokyo Revengers

Seperti yang anda lihat, ini menunjukkan sejauh mana prestasi semasa industri manga di Jepun, dan ramai menjangka kedudukan ini akan berubah menjelang akhir tahun ini. Apa pendapat anda tentang senarai manga yang paling terlaris pada tahun 2021? Adakah siri manga kegemaran anda dalam senarai? Kongsi pendapat di ruang komen sekarang!

Sumber – ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2021Demon Slayer: Kimetsu no YaibaJepunJujutsu KaisenmangaoriconpopularSenaraiterlaris
Previous Post

Bandai mendedahkan jalan cerita, watak utama dan sokongan dalam trailer gameplay Tales of Arise

Next Post

EA membuang semua game lama Need for Speed di kedai digital! Tamatkan perkhidmatan pada Ogos!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
EA membuang semua game lama Need for Speed di kedai digital! Tamatkan perkhidmatan pada Ogos!

EA membuang semua game lama Need for Speed di kedai digital! Tamatkan perkhidmatan pada Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd