Biomutant adalah permainan action RPG yang dibangunkan oleh Experiment 101 dan diterbitkan oleh THQ Nordic. Game ini bakal tiba di platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One serta mula dikeluarkan pada pada 25 Mei nanti! Baru-baru ini, Epicsoft Asia telah mengumumkan harga tempatan dan senarai kedai yang menjual edisi fizikal Biomutant di Asia Tenggara. Anda boleh saksikan video World Trailer Biomutant di bawah.
Harga runcit pra-pesan
Pra-pesan edisi fizikal untuk Biomutant di PS4 dan Xbox One telah pun dibuka. Para pemain boleh membuat pra-pesanan edisi Standard mereka di kedai dengan harga dibawah. Anda juga boleh membuat pra-pesanan dengan rakan peruncit seluruh Asia Tenggara telah disenaraikan di laman Biomutant Epicsoft Asia.
PlayStation 4 | Xbox One | |
Malaysia | RM249.00 | RM249.00 |
Indonesia | Rp 829,000 | Rp 829,000 |
Filipina | PHP2,950 | PHP2,950 |
Singapore | SGD79.90 | SGD79.90 |
Thailand | THB 1,890.00 | THB 1,890.00 |
Biomutant adalah permainan open world berkonsepkan selepas apokalip Wung-Fu RPG dengan elemen seni mempertahankan diri yang unik. Pemain boleh bertarung kombat dengan gabungan senjata melee, menembak dan melakukan kebolehan aksi mutan. Anda juga boleh mengevolusikan gameplay dengan mengubah kode genetik karakter dan menghasilkan senjata yang dahsyat.
Selain itu, pemain akan melengkapkan karakter mereka untuk menjelajah ke Dead Zone dan kawasan cryonic dengan memakai pakaian anti-thermo bagi menghapuskan makhluk bio tercemar. Anda akan mengembara dengan berjalan kaki, menaiki mecha dan jet ski serta belon udara untuk merungkai misteri, berhadapan dengan musuh, dan bertemu watak pelik semasa penjelajahan.
Jadi, jangan lupa untuk membuat pra-pesan Biomutant anda pada 25 Mei ini di kedai-kedai yang disenaraikan EpicSoft Asia. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Biomutant, media sosial Biomutant seperti Facebook dan Twitter.
@gamersantaimy
Discussion about this post