2021 telah pun memasuki suku pertama tahun ini, dan banyak game terbaru sudah dilancarkan untuk para peminat mobile game. Antara game yang menjadi kegilaan sekarang ni adalah seperti Clash of Clans, PUBG Mobile, Genshin Impact, Garena Free Fire, Honor of Kings dan Rise of Kingdoms. Jadi hari ini kami ingin berkongsi dengan anda senarai mobile game yang terlaris di seluruh dunia untuk April 2021.
Honor of Kings adalah permainan mobile bergenre multiplayer online battle arena yang diterbitkan oleh Tencent. Syarikat tersebut telah membelanjakan sebanyak $258.8 juta (anggaran RM1,065,48 juta) untuk menghasilkan game ini. Kira-kira 96% pendapatan Honor of Kings berasal dari China, dan versi tempatan permainan ini, iaitu Game for Peace menghasilkan sebanyak 1.7% dari Thailand dan 1.2% dari Taiwan. Anggaran pendapatan ini berasal dari platform Sensor Tower dan game tersebut telah berjaya menduduki tempat pertama untuk game terlaris pada bulan April 2021.
PUBG Mobile dari Tencent adalah mobile game kedua yang terlaris di seluruh dunia untuk bulan April 2021. Game ini telah menghasilkan keuntungan sebanyak $237.7 juta (anggaran RM978,61 juta), dan kira-kira 60% pendapatannya berasal dari China serta 11% lagi dari Amerika Syarikat. PUBG Mobile telah mengadakan banyak kejohanan peringkat kebangsaan dan dunia seperti PUBG Mobile National Championship, dan yang akan berlangsung nanti PUBG Mobile Premier League SEA Finals.
Aplikasi mobile game yang turut tersenarai adalah Roblox dari Roblox Corporation dan Coin Master dari Moon Active, dimana kedua-dua game ini telah menduduki tempat ketiga dan keempat sebagai game terlaris seluruh dunia. Manakala game gatcha kegemaran ramai, iaitu Genshin Impact dari MiHoYo pula hanya mendapat tempat ke-6 dalam carta ini. Genshin Impact mengalami penurunan dari tempat ketiga pada bulan Mac lalu, dan telah jatuh ke tempat nombor 6.
Selain itu, Rise of Kingdom dan Candy Crush Saga telah berjaya memotong kedudukan Garena Free Fire. Kedua-dua game ini sekarang berada di tempat ke-7 dan ke-8 dalam senarai bulan April. Manakala Garena Free Fire pula telah jatuh di tangga ke-10, dimana sebelum ini game tersebut mendapat tempat ke-7 dalam carta pada bulan Mac. Akhir sekali, Clash of Clans menduduki tempat ke-9 dan telah naik mendadak kerana game ini tidak tersenarai dalam carta bulan Mac yang lalu.
Dari analisis yang dibuat mengenai prestasi pasaran mobile game pada umumnya berlaku sejak gelombang awal pandemik COVID-19 di suku pertama dan suku kedua tahun lalu. Kita dapat lihat bahawa pemain telah membelanjakan sebanyak 10.8% sehingga bulan April 2021, dan App Store serta Google Play berjaya menghasilkan gabungan keuntungan sebanyak $7.2 billion (anggaran RM29.64 billion). Walaupun banyak negara terus melaksanakan perintah kawalan berkurung, sektor mobile game masih terus berkembang dan dapat mengekalkan prestasi luar biasa sejak tahun lalu.
Untuk yang ingin mengetahui bagaimana kedudukan ini dibandingkan dari bulan lalu, layari saja laman Sensor Tower dan anda juga boleh melihat pelbagai perkongsian menarik dari mereka. Jadi, ada tak game yang sedang anda mainkan sekarang dalam senarai? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Sumber: Sensor Tower
@gamersantaimy
Discussion about this post