Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shinobu Kocho rasmi menyertai barisan watak Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Shinobu Kocho rasmi menyertai barisan watak Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Aniplex dan pembangun CyberConnect2 mengesahkan bahawa Shinobu Kocho akan menyertai barisan watak Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan sebagai “playable character” dalam “Versus Mode“! Di sini, mereka mengeluarkan video gameplay dan tangkapan skrin baru untuk memperkenalkan watak tersebut. Mari kita lihat.

Sebagai Hashira dari Demon Slayer Corps, Shinobu amat hebat dalam pertempuran pedang. Meski tidak memiliki kekuatan fizikal seperti rakan Hashira lain, Shinobu tetap berbahaya dan masih menjadi ancaman besar kepada musuh. Sebagai Insect Hashira, Shinobu menggunakan gaya pertempuran berasaskan serangga. Seperti dalam video gameplay di atas, kita boleh melihat dia melayang seperti rama-rama semasa menyerang sambil menggunakan sejumlah teknik “elegan” tapi membunuh.

 

1 of 2
- +

Shinobu Kocho akan tampil dalam permainan bersama Giyu Tomioka, yang disahkan pada bulan Mac 2021. Watak lain yang akan muncul dalam Demon Slayer: Hinokami Keppuutan termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Inosuke Hashibira, Zenitsu Agatsuma dan Sakonji Urokodaki. Selain itu, Makomo dan Sabito juga akan tersedia dalam permainan.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan adalah permainan “fighting” berdasarkan francais Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba. Dibangunkan oleh CyberConnect2, permainan ini akan keluar untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan, tetapi ramai menjangkakan mereka akan mengumumkan berita ini dalam masa terdekat. Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan
Publisher: Aniplex
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam "Solo Play Mode", dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di Versus Mode, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi.  
Tags: AniplexCyberConnect2Demon SlayerGameplayHinokami KeppuutanKimetsu No YaibaShinobu Kocho
Previous Post

HONOR Malaysia mengumumkan ketersediaan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6

Next Post

Hood: Outlaws & Legends dilepaskan hari ini! Ini antara tips yang anda boleh gunakan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Hood: Outlaws & Legends dilepaskan hari ini! Ini antara tips yang anda boleh gunakan!

Hood: Outlaws & Legends dilepaskan hari ini! Ini antara tips yang anda boleh gunakan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd