Nampaknya, peminat dah boleh berhenti mengeluh kerana Digimon Adventure akhirnya membawa MetalGarurumon pada episod baru siri anime reboot ini! Anime ini telah mengongsikan sedikit teased sebelum ini di mana video tersebut menampilkan episod baru Digimon Adventure. Dalam teaser tersebut mereka melancarkan arka baru yang membawa Mega Evolutions untuk keseluruhan DigiDestined ke siri ini, dan setelah Taichi dan Agumon memulakan debut dua dari Mega Evolutions mereka, ramai yang bertanya-tanya bila Digimon lain mendapat debut juga!
Ini adalah teased pertama oleh @Wikimon_news untuk MetalGarurumon;
https://twitter.com/Wikimon_news/status/1383786368703164422?
Who's that Digimon? (funny answers are welcome) pic.twitter.com/dszC1p4kny
— Wikimon (@Wikimon_net) April 25, 2021
Kini penantian telah pun berakhir dengan debut Mega Evolution oleh Gabumon sebagai MetalGarurumon telah rasmi akan ke episod ke-45 terbaru Digimon Adventures! Walaupun keadaan evolusi ini mengejutkan, kurang sengit daripada anda harapkan dari debut yang begitu besar, ia tetap menjanjikan kerana ia mungkin akan memulakan rentetan evolusi baru yang akan datang.
Were Garurumon: Alterous Mode to Metal Garurumon evolution sequence pic.twitter.com/jNHAGrAa8k
— Wikimon (@Wikimon_net) April 25, 2021
“sekuel evolusi Garurumon: Alterous Mode ke MetalGarurumon”
Siri baru Digimon Adventure kini berada di tengah arc baru yang besar ketika DigiDestined membuat jalanan ke FAGA dalam usaha untuk menghentikan Millenniumon dari menghiduokan kembali tubuh yang baru. Arc baru ini akan mendorong setiap pasangan DigiDestined ke bentuk Mega mereka, dan ini akan menjadi yang pertama untuk siri anime. Walaupun mereka telah mencapai bentuk Mega mereka dalam filem, spin-off dan sekuel kemudian, siri baru ini akan membawanya ke anime TV untuk pertama kalinya.
NEXT TIME ON: "Digimon Adventure:" – Yamato and Gabumon to the rescue! "Activate, Metalgarurumon" premieres tonight on Hulu, Crunchyroll, and AnimeLab! #Digimon #DigmonAdventure pic.twitter.com/dAJ21O0Zjf
— Toei Animation (@ToeiAnimation) April 24, 2021
Siri baru Digimon Adventure telah mencetuskan semua jenis evolusi yang pelik, jadi walaupun MetalGarurumon telah membuat debutnya, ada kemungkinan ini bukan satu-satunya evolusi yang akan kita lihat dari kegemaran peminat ketika episodnya masih berlanjutan. Sudah ada perbezaan yang besar dalam ukurannya dibandingkan dengan versi aslinya, jadi harus dilihat berapa banyak perbezaan yang akan kita lihat ke depan.
Pegh mesti mantap lah MetalGarurumon dapat menampilkan serangannya seperti Metal Wolf Claw, Blizzard Bash Metal Wolf Claw eh dan banyak lagi lah. Reboot Digimon Adventure kini disiarkan di Jepun di TV Fuji setiap hari Ahad jam 9 pagi. Anime ini juga tersedia ditayangkan di Crunchyroll.
@gamersantaimy
Discussion about this post