Ramai peminat meminta pencipta Hajime Isayama untuk menulis semula bab terakhir manga Attack on Titan yang penuh kontroversi. Sebuah petisyen di Change.org bertajuk, “Tulis alternatif yang memuaskan untuk AOT!” ditujukan kepada Isayama dan pada saat penulisan, mempunyai lebih dari 7000 tandatangan. Teks pembukaan berbunyi seperti berikut:
“Buat masa sekarang, Shingeki no Kyojin (atau Attack on Titan) adalah salah satu siri manga terhebat yang pernah saya baca. Saya percaya banyak fandom sangat kecewa dengan penamat semasa. Kesimpulan ini terasa sangat tergesa-gesa kepada saya dan kepada ramai fandom.”
Selepas teks di atas, petisyen ini menyenaraikan sejumlah *spoiler* terperinci yang penuh dengan kritikan tentang penamat, bagaimana beberapa watak-watak tertentu dilayankan, dan perubahan nada (secara tiba-tiba). Mereka juga membuat spekulasi bahawa penerbit Kodansha atau editor Isayama juga bertanggung jawab atas perubahan ini “agar sesuai dengan jenis penamat yang lebih ‘shounen‘.” Ia juga menekankan bahawa peminat tidak harus mengganggu Isayama kerana kecewa dengan penamat manga.
Jilid terakhir manga Attack on Titan juga telah disahkan mengandungi halaman tambahan yang tidak termasuk dalam versi asli. Ini berlainan dengan versi manga yang diterbitkan di majalah Bessatsu Shōnen pada 9 April dan mungkin akan mempunyai cerita tambahan yang mengisahkan peristiwa lanjut selepas kematian Eren.
Bagi mereka yang tidak tahu, Attack on Titan telah bersiri di majalah Bessatsu Shōnen sejak September 2009 dan berakhir dengan penerbitan bab #139 selepas 11 tahun. Sehingga kini, manganya telah mengeluarkan 33 jilid. Jilid 34 akan keluar tidak lama lagi dan akan merangkumi bab #135-139. Ia dijangka akan dijual di Jepun pada 9 Jun dan dalam bahasa Inggeris pada 19 Oktober.
Bagi anime pula, anime Attack on Titan baru sahaja menamatkan musim keempat (bahagian 1) pada bulan. Musim terakhir Attack on Titan kini sedang mempersiapkan diri untuk bahagian kedua, yang dijadualkan akan keluar pada musim sejuk 2022. Untuk segala liputan kami tentang francais ini, sila tekan pautan.
Sumber – Change.org
@gamersantaimy
Discussion about this post