Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile China “Game for Peace” nampaknya berkolaborasi dengan Gundam!

Sempena ulangtahun katanya! Aduh tak aci betul!

Nyny.A by Nyny.A
April 20, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Emulator, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile China “Game for Peace” nampaknya berkolaborasi dengan Gundam!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai tahu, PUBG Mobile di China telah diberi nama “Game for Peace” selepas mereka tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk monetise permainan tersebut di negara itu. Lama kami tidak kongsikan mengenai Game for Peace ini, tetapi kali ini ianya agak menarik untuk dikongsikan, lagi-lagi pada peminat PUBG Mobile dan Gundam! Sempena ulangtahun Game for Peace ke-2, nampaknya terdapat kebocoran maklumat bahawa mereka akan mengadakan kolaborasi bersama siri anime kegemaran ramai Mobile Suit Gundam SEED.

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh hesketh2 di Twitternya. Beliau adalah pengemas kini perincian untuk permainan seperti PUBG, Wild Rift, Brawl Stars dan banyak lagi di Liquipedia.net. Dalam pendedahanya itu, Game for Peace menyambut ulangtahun mereka dengan gah bersama kolaborasi ini.

Game for Peace (Chinese #PUBGMOBILE) hits 2nd anniversary

and they start the anniversary with a bang, announcing collab with Mobile Suit Gundam SEED

a large Gundam will be built inside Erangel's spawn island pic.twitter.com/OLQaICIcfm

— hesketh2 (@subzidite2) April 19, 2021

Lebih menarik, pemain akan melihat Gundam yang besar di Spawn Island di peta Erangle!

Itu sahaja antara yang dikongsikan di Twitter tersebut, ada juga pengikutnya yang bertanyakan di mana dia mendapat tangkapan skrin tersebut, tetapi masih belum di balasnya.

Kemudian, terdapat seorang YouTuber Moouyo Animation yang turut mengongsikan bahawa kolaborasi Gundam bersama Game For Peace. Lalu, dia menghasilkan sebuah video stop motion dimulakan di lobi utama Game for Peace, menampakkan banner utama sambutan kolaborasi tersebut, kemudia memulakan video stop motionnya dengan Gundam di situ. Anda boleh tonton video tersebut di bawah;

Menarik betul lah video yang di hasilkan Moouyo Animation ni! Melihat aksi-aksi Gundam yang gergasi, terbang keluar dari kapal, menaiki motor dan beraksi dalam arena battle royale PUBG Mobile ini memang sangat kreatif.

Jadi sememangnya ini adalah pendedahan yang menarik betul tak! Ini lah kalau ada update kat PUBG Mobile global mesti awesome lah! Mana tidak nya, kini yang menantikan Godzilla vs. Kong pun dah terasa teruja, bukan itu sahaja, pelbagai acara menarik seperti Blood Raven X-Suit diperkenalkan dan Scar-L joker menjadi rebutan ramai! Mana lah tahu kot kolaborasi dengan Gundam ini hadir kan! Bolehlah pijak-pijak je musuh dalam game ~ Eh!

Sumber: hesketh2 ; Moouyo Animation

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: game for peaceGame for Peace x GundamPUBG Mobile China
Previous Post

Peminat membuka petisyen supaya Hajime Isayama mengubah penamat Attack on Titan!

Next Post

Horizon Zero Dawn diberikan PERCUMA bermula 20 April di PS Store

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Horizon Zero Dawn diberikan PERCUMA bermula 20 April di PS Store

Horizon Zero Dawn diberikan PERCUMA bermula 20 April di PS Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd